Thursday, October 6, 2011

Laporan Lawatan Pertunjukan Kuda Kebangsaan 2011,

Pada 24 September 2011 bersamaan hari Sabtu, pelajar tingkatan satu dan dua sekolah ini telah mengadakan lawatan sambil belajar ke STC Equestrian & Sport Centre. Lawatan ini disertai oleh pelajar tingkatan satu dan dua , Sekolah Menengah Kebangsaan Sri Andalas, Klang. Lawatan ini membawa 2 bas bermula dari pukul 8.00pagi sehingga 2.00 petang. Lawatan ini disertai oleh 80 orang pelajar dan tujuh orang guru pengiring. Ketua lawatan ini ialah Puan Juwariah binti Ayub. Guru- guru pengiring yang menyertai lawatan ini ialah Encik Muhammad Fahmy bin Abdul Razak, Cik Halimatun Saadiah bt Hell Mee, Cik Nurul Huda binti Ahmad Fozi, Cik Zaitun Ibrahim, Cik Fatin Azhana, dan Cik Hasliza binti Che Lateh. Para pelajar yang mengikuti lawatan ini terdiri daripada kelas tingkatan satu dan dua yang mengadakan pertunjukan bakat pada waktu rehat.





Bas bertolak pada pukul 9.00 pagi atas urusan yang tidak dapat dielakkan daripada pihak bas. Perjalanan ke Komple STC Equestrian & Sport Centre berjalan lancar. Rombongan tiba di STC Equestrian & Sport Centre pada pukul 10.30 pagi. Tepat pukul 10.00 pagi, ahli rombongan diberikan taklimat mengenai kawasan karnival oleh Encik Fahmy. Setiap pelajar diberikan beg cenderamata yang berisi makanan dan cenderamata daripada pihak penaja. Para pelajar juga disertakan kupon permainan. Mereka boleh memilih untuk pergi memanah atau “wall climbing”. Pelajar dibenarkan berlegar di kawasan karnival untuk melihat sendiri Pertunjukan Kuda Kebangsaan 2011.





Pertunjukan ini dirasmikan oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Al-Wathiqu Billah Tuanku Mizan Abidin dan Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Tuanku Nur Zahirah pada pukul 10.30 pagi. Setelah hampir 2 jam melawat Pertunjukan Kuda Kebangsaan 2011, rombongan bertolak pulang ke SMK Sri Andalas. Bas tiba di perkarangan sekolah pada pukul 2.00 petang.



Lawatan ini dapat memberi manfaat kepada kumpulan sasaran kerana ia dapat menyemai rasa yakin dan menambahkan pengalaman baru terhadap sukan ekuin dalam merelisasikan program Kementerian Pelajaran Malaysia “1Murid 1 Sukan 1Malaysia”. Sehubungan itu juga, lawatan ini membuka minda para pelajar mengenai cara hidup di kawasan luar Bandar. Perjalanan pergi dan balik lawatan ini berjalan dengan lancar.





No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...