Showing posts with label bahasa melayu. Show all posts
Showing posts with label bahasa melayu. Show all posts

Wednesday, January 12, 2011

KOMSAS



ASPEK PENGKAJIAN DAN ISTILAH SASTERA
1.       Tema – Persoalan utama dalam karya.
2.       Persoalan – perkara sampingan yang ada kaitan dengan tema.
3.       Sinopsis – ringkasan cerita merangkumi peristiwa penting.
4.       Plot – susunan peristiwa dalam cerita.
5.       Kronologi- mengikut urutan masa.
6.       Watak- pelakuan yang menggerakkan cerita. – watak utama, watak sampingan, antagonis, protagonist, dinamik, static pipih, bundar.
7.       Perwatakan – gambaran tentang watak dari aspek dalam dan luar.
8.       Latar – masa, tempat, dan masyarakat.
9.       Nilai – ciri/ perkara positif yang dipaparkan dalam cerita atau puisi.
10.   Pengajaran – mesej/amanat yang disampaikan oleh pengarang melalui karyanya.
11.   Sudut pandangan – Kedudukan pencerita dalam usaha menyampaikan cerita. – orang pertama, ketiga serba tahu dan orang ketiga terbatas.
12.   Teknik plot – cara pengarang mengembangkan cerita.
a.       Pemerihalan: penceritaan secara huraian.
b.      Dialog: pertuturan antara dua atau lebih pihak.
c.       Monolog: Dalaman bercakap dalam hati atau fikiran.
d.      Luaran: pengucapan watak secara sendirian.
e.      Kejutan: perubahan dalam cerita secara tiba-tiba tanpa diduga oleh pembaca.
f.        Suspen: ketegangan akan menimbulkan tanda Tanya dalam kalangan pembaca/perasaan ingin tahu.
g.       Imbas kembali: mengenangkan semula perkara lampau.
h.      Imbas muka: bayangan atau ramalan perkara yang berlaku.
13.   Gaya Bahasa –
a.       Personafikasi: memberi sifat manusia kepada bukan manusia atau abstrak.
b.      Simile: unsur perbandingan menggunakan perkataan seperti bagai bak, umpama, ibarat dan se-.
c.       Metafora: unsur perbandingan secara terus.
d.      Hiperbola: menyatakan sesuatu secara berlebihan.
e.      Sinkof: penggunaan singkatan kata.
f.        Repitasi: pengulangan kata.
g.       Kata ganda.
h.      Peribahasa/simpulan bahasa.
i.         Perlambangan/simbol.
14.   Pengulangan –  a.  Anafora: pengulangan kata pada awal baris.
b.      Epifora: pengulangan kata pada akhir baris.
c.       Responsi: pengulangan kata pada tengah baris.
15.   Unsur Bunyi –   a.  Aliterasi: pengulangan konsonan.
b.      Asonansi: pengulangan vocal (a,e,I,o,u)
c.       Rima: keselarasan bunyi pada setiap akhir baris.
d.      Jeda: hentian suara dalam pertuturan.
16.   Nada – perasaan penyair.
a.       Melankolik: suasana hati yang murung, hiba/sedih.
b.      Romantis: rasa hati yang tenang/menggembirakan.
c.       Sinis: rasa hati kurang senang atau tidak setuju.
d.      Protes: rasa hati yang penuh dengan penentangan.
e.      Patriotik: rasa hati penuh semangat/keberanian.

Wednesday, August 11, 2010

Thursday, May 20, 2010

Kemahiran Menulis

ASSALAMUALAIKUM
MARI MENDEKATI KEMAHIRAN MENULIS BERSAMA-SAMA DENGAN SAYA
DATIN MARIAM BINTI MEHAD
SM SAINS SULTAN HAJI AHMAD SHAH KUANTAN
PAHANG

KEMAHIRAN MENULIS ( KM )
 Kemahiran aras tinggi selepas mendengar, bertutur dan membaca.
Peringkat menengah atas, kemahiran menulis jelas dalam Huraian Sukatan Pelajaran.



OBJEKTIF KM TINGKATAN 4
 Pelajar dapat menghasilkan penulisan kreatif dengan menggunakan kata, istilah, frasa, ungkapan dan ayat yang betul dan gramatis. Ceraian (viii)


OBJEKTIF KM TINGKATAN 5
 Pelajar dapat menghasilkan penulisan kreatif dan bukan kreatif menggunakan bahasa yang gramatis dan laras yang tepat serta memperlihatkan pertautan idea dan wacana yang kemas. Ceraian (viii)



JENIS KARANGAN BUKAN KREATIF
 Syarahan
 Ceramah/Ucapan
Perbahasan
 Rencana
 Laporan
 Wawancara/Dialog
Perbincangan
 Surat
 Surat Tidak Rasmi
 Berita
 Penerangan Fakta
 Komentar
 Minit Mesyuarat
 Ulasan/Kritikan



JENIS KARANGAN KREATIF
 Cerpen
 Skrip Drama
 Sketsa
 Cerita berdasarkan peribahasa



BAGI PERINGKAT MENENGAH ATAS ( TINGKATAN 4 DAN 5 )
EMPAT PELUASAN PERLU DIBERI PENEKANAN
1.Bahasa yang gramatis
 Tatabahasa Dewan
 Daftar Ejaan Rumi
 Kamus Dewan terkini

2.Laras yang tepat
 Variasi bahasa
 Bahasa klasik, bahasa istana, bahasa perundangan

3.Pertautan idea
 Perhubungan yang erat ( kohesi )
 Kejelekitan
 Kesinambungan antara satu ayat dengan ayat yang berikut ( koheren )

4.Wacana yang kemas
 Sebuah karangan yang lengkap
 Terdiri daripada perenggan pendahuluan, perenggan isi dan perenggan penutup





PERTAUTAN IDEA DARI SEGI


1. PERTAUTAN NAHUAN

2. PERTAUTAN LEKSIKAL


3. WACANA YANG KEMAS IAITU
“ Satuan bahasa yang lengkap dan bukan hanya susunan kata atau kalimat”
                                                                               -Harimurti Kridalaksana, 1978

WACANA YANG KEMAS JUGA BERMAKSUD
“ Satuan bahasa yang terlengkap dan tertinggi atau terbesar dengan koherensi dan kohesi yang tinggi, berkesinambungan awal dan akhir serta disampaikan secara lisan atau bertulis”
                                                                                             -Taringan, 1987

WACANA YANG KEMAS JUGA BERMAKSUD
“ Satu kesatuan perenggan-perenggan, setiap perenggan berfokus kepada satu isi. Setiap ayat bertautan antara satu sama lain. Pertautan membawa kesinambungan yang logik antara satu ayat dengan ayat yang berikutnya.Teks penulisan terbentuk sebagai satu satuan yang jitu”
                                                                            – Khatijah binti Abdul Hamid, 1996





PENGEMBANGAN ISI DALAM PERENGGAN
TIGA PILIHAN PERENGGAN :

 Perenggan Deduktif

- ayat topik diikuti oleh ayat huraian

 Perenggan Induktif
- ayat huraian diikuti oleh ayat topik


 Perenggan Deduktif-Induktif
- ayat topik -> ayat huraian -> ayat simpul





SOALAN CONTOH

Usaha menangani kemelut ekonomi menuntut komitmen dan pengorbanan semua pihak terutamanya institusi keluarga.
Berikan pendapat anda tentang usaha-usaha yang patut dilaksanakan secara berterusan oleh anggota keluarga untuk menangani masalah yang melanda negara kini.



FOKUS SOALAN
Cara atau usaha-usaha anggota keluarga ( ibu, bapa dan anak-anak ) untuk menangani masalah yang melanda negara kini (kemelut ekonomi).





RANGKA KESELURUHAN
Pendahuluan Ayat Rangsangan
Ayat Fokus
Ayat Arah
Perenggan Isi Usaha 1 : Menabung
Perenggan Isi Usaha 2 : Merancang perbelanjaan
Perenggan Isi Usaha 3 : Mencari sumber kewangan baru
Perenggan Isi Usaha 4 : Mengelakkan pembaziran
Perenggan Isi Usaha 5 : Memantapkan disiplin keluarga
Penutup Pendirian, pandangan, harapan





JENIS-JENIS PENDAHULUAN
PENGEMBANGAN ISI
Untuk mengembangkan isi, cubalah guna formula atau rumus amalan saya.
FORMULA / RUMUS PENGEMBANGAN ISI
ATAH (5W 1H 1I) ACAS pb
AT ( Ayat Topik ) Isi utama
AH ( Ayat Huraian ) apa, siapa, bila, di mana, mengapa
( 5W ), bagaimana (1H) dan sekiranya (1I)
AC ( Ayat Contoh ) Contoh yang berkaitan dengan isi
AS ( Ayat Simpul ) Penutup perenggan

1I ( SEKIRANYA )



 Merujuk kepada KBKK
- Kaitan atau perhubungan
- Membanding atau membeza
- Meramal
- pb merujuk kepada peribahasa





CONTOH APLIKASI RUMUS
 Menabung

(AT) Menabung merupakan aktiviti tradisi yang kita warisi sejak zaman nenek moyang lagi tetapi caranya sahaja yang berbeza.
(AH 1) Aktiviti ini perlulah dihidupsuburkan bagi menghadapi kemelut ekonomi yang melanda negara. (Apa yang harus dilakukan ?)
(AH 2) Kita pasti berasa terjamin terutama sekali pada masa kecemasan sekiranya tabungan sudah memadai.
( Mengapa? )

(AH 3) Sementara itu, menabung tiga puluh peratus daripada pendapatan sangatlah digalakkan kerana jumlah ini dianggap berpatutan. ( Bagaimana ?)
(AH 4) Kita semua tentu sependapat bahawa kepentingan menabung perlu ditekankan kepada setiap anggota keluarga sejak zaman kanak-kanak lagi. ( Bila ?)
(AH 5) Pelbagai bentuk tabung telah direka dan ditawarkan oleh bank-bank atau institusi kewangan untuk menarik perhatian kanak-kanak menabung.
( Siapa ? )

(AH 6) Sekiranya setiap anggota keluarga memberikan komitmen yang tinggi terhadap aktiviti menabung, tentulah kemelut ekonomi akan dapat diatasi. ( Sekiranya )
(AC) Sebagai contoh, kita boleh menyimpan di bank dalam bentuk simpanan tetap, simpanan semasa atau melabur dalam dana tertentu. ( Di mana ? )
(AS) Jadi, pepatah nenek moyang kita yang berbunyi beringat sebelum kena, berjimat sebelum habis patutlah dijadikan amalan hidup dan pegangan yang berterusan.(Sisipan peribahasa)




CONTOH APLIKASI RUMUS
 Merancang perbelanjaanl
(AT) Jika selama ini kita berbelanja mengikut cita rasa dan selera masing-masing, sudah tiba masanya untuk setiap anggota keluarga merancang perbelanjaan sewajarnya.
(AH 1) Perkara pertama yang patut dilakukan ialah mewujudkan buku catatan perbelanjaan peribadi untuk merekodkan setiap pengeluaran wang. ( Apa yang patut dilakukan ? )
(AH 2) Dalam buku tersebut akan dicatatkan apa-apa sahaja barang yang perlu dibeli pada setiap hari, minggu atau bulan dengan harganya sekali. ( Bila ? )
(AH 3) Selepas menjumlahkan perbelanjaan, sudah pasti kita akan saling mengingat semua anggota keluarga agar berjimat cermat dan memikirkan kemampuan keluarga. ( Bagaimana ? )
(AH 4) Sebenarnya , kenaikan harga barangan utama kini memaksa setiap anggota keluarga merancang dan mengatur perbelanjaan dengan cara yang bijaksana.(Bagaimana?)
(AH 5) Seandainya amalan menyenarai barangan keperluan yang patut dibeli dilaksanakan setiap kali membeli-belah, tentulah masalah berbelanja melebihi kemampuan dapat dielakkan. (Sekiranya )
(AC) Bagi ketua keluarga, misalnya utamakanlah barang makanan, ubat-ubatan dan buku-buku pendidikan yang menjadi keperluan asas setiap keluarga.
(AS) Dengan cara demikian, tentulah jumlah perbelanjaan dapat kita aturkan dan wang selebihnya dapatlah disimpan sebagai tabungan kerana kata peribahasa sedikit-sedikit lama-lama jadi bukit.




PERKARA PENTING YANG PERLU DIBERI PERHATIAN DALAM PENGEMBANGAN ISI KARANGAN CEMERLANG IALAH :


ISI CUKUP DAN BERKEMBANG
 SEKURANG-KURANGNYA 3 ISI SEBAIK-BAIKNYA 5 ISI
 GUNAKAN FORMULA YANG DICADANGKAN
n

ATAH (5W + 1H + I ) ACAS pb
SUSUN ISI IKUT KEUTAMAAN
 BERIKAN CONTOH ATAU BUKTI
 PERENGGAN SEIMBANG
 ADA UNSUR KEMATANGAN ( KBKK )
 SATU ISI SATU PERENGGAN
n




KESIMPULAN
Pengembangan perenggan isi perlu dipelajari secara sistematis.
- Proses yang tersembunyi perlu dizahirkan.
- Konsep kohesi dan koheren perlu ditekankan.
- Formula atau rumus hanyalah kreativiti untuk memudahkan pelajar mengingat langkah-langkah pengembangan isi agar huraian menjadi jelas.

PENUTUP KARANGAN
 Penutup karangan merupakan rumusan keseluruhan atau kesimpulan terhadap isi-isi yang telah dikemukakan terdahulu. Jadi, pelajar-pelajar diingatkan supaya tidak mengulangi isi-isi yang telah dibincangkan.

 Bahagian ini juga menjadi ruang pengukuh bicara dan pengunci pendirian pelajar terhadap isu yang telah dibincangkan. Penanda wacana yang sesuai hendaklah digunakan untuk memberi gambaran bahawa karangan sudah tiba ke penghujung.
 Peribahasa, sedutan kata pujangga atau puisi yang sesuai juga boleh digunakan untuk mengindahkan kesimpulan dan memberi kesan. Ramalan, bayangan masa hadapan atau soalan yang mencabar daya fikir pembaca juga boleh diutarakan. Pastikan perenggan penutup ditulis dalam satu perenggan yang hampir seimbang dengan perenggan terdahulu iaitu antara lima hingga tujuh ayat.


SEKIAN


SELAMAT MENULIS
TERIMA KASIH

Wednesday, May 19, 2010

Folio Pasir Salak

Folio ini adalah hasil nukilan Razanur 2 Neptun
  • Tema dan Persoalan
  • Gaya Bahasa
  • Watak dan Perwatakan
  • Latar
  • Plot dan Teknik
  • Nilai
  • Pengajaran
  • Soalan PMR

Tuesday, May 18, 2010

Language learning strategies

Skills include listening, speaking, memorization, reading, writing, and test taking. At the beginning memorization and repetition are important, but do not be discouraged if you seem to go too slowly.

di ambil dari
Pembelajaran bahasa

Tuesday, January 26, 2010

Bahasa Melayu Tingkatan Dua

RANCANGAN TAHUNAN TINGKATAN DUA akan datang

Sunday, January 24, 2010

Surat Kiriman Tidak Rasmi

SURAT KIRIMAN TIDAK RASMI

  1. Surat kiriman tidak rasmi merupakan surat berformat yang ditulis oleh seseorang kepada seseorang yang bersifat peribadi.
  2. Surat ini ditujukan kepada sahabat handai, sanak saudara, dan ahli keluarga.
  3. Isi surat ini berkaitan dengan:
    1. Ucapan tahniah / takziah.
    2. Bertanya khabar.
    3. Undangan / ucapan.
    4. Pertanyaan.

  1. Penggunaan kata ganti nama:
    1. Sahabat atau kawan – sadara / saudari.
    2. Ibu – bonda.
    3. Ayah – ayahanda.
    4. Datuk / nenek – nenda.
    5. Abang / kakak – kakanda.
    6. Adik – adinda.

FORMAT

HURAIAN

1. Alamat pengirim dan tarikh

Ditulis di sebelah kanan bahagian atas surat. Tarikh tidak perlu ditulis dengan huruf besar.

2. Pendahuluan surat

Ditulis selepas melangkaui satu atau dua baris kosong selepas tarikh. Perenggan ini juga hendaklah ditulis ke dalam sedikit.

3. Kata sapaan

Ditulis di tepi di sebelah kiri surat.

4. Isi

Ditulis ke dalam sedikit selepas kata ganti nama diri penerima. Isi hendaklah ditulis secara berperangan.

5. Penutup

Ditulis ke dalam sedikit, sejajar dengan isi.

6. Pengakuan pengirim

Ditulis di bahagian kanan surat selepas melangkaui dua atau tiga baris kosong. Huruf awal hendaklah ditulis dengan huruf besar dan diletakkan tanda koma (,) selepasnya.

6. Tandatangan

Diletakkan di bawah pengakuan pengirim.

* daripada http://www.tutor.com.my/tutor/arkib2002.asp?e=PMR&s=BM&b=NOV&m=1&r=m&i=NOTA Contoh Rangka Karangan Surat Kiriman Tidak Rasmi

Isi-isi

i.

Memperketatkan undang-undang lalu lintas

-

memperketatkan undang-undang lalu lintas

-

mengenakan kompaun maksimum RM300

ii.

Membaiki jalan raya yang rosak

-

meluruskan jalan yang bengkang-bengkok

-

menurap jalan yang berlubang

iii.

Memasang papan tanda dan tanda-tanda amaran

-

kawasan had laju

-

kawasan yang kerap berlaku kemalangan

iv.

Memperbanyak kempen keselamatan jalan raya

-

menerusi media massa

-

mengadakan ceramah dan pameran

-

mengedarkan risalah

Penutup

Berharap agar segala cadangan tersebut dapat mengurangkan kemalangan jalan raya Lain-lain contoh karangan 1. http://www.scribd.com/doc/7755833/Karangan-Surat-Kiriman-Tidak-Rasmi 2. http://cikgutancl.blogspot.com/2008/05/karangan-panjang-spm.html 3.

Saturday, January 23, 2010

Pak Kaduk

PAK KADUK

1. SINOPSIS

Kisah ini berlaku di negeri Chempaka Seri, yang diperintahkan oleh raja yang bernama Indera Sari. Kegemaran baginda ialah menyabung ayam. Oleh sebab itu, banyaklah rakyat dalam Negara baginda yang yang suka membuang masa untuk berjudi dan menyabung ayam.

Dalam negeri Chempaka Seri, terdapat sepasang suami isteri yang miskin bernama Pak Kaduk dan Mak Siti. Pak Kaduk ingin mencuba nasib untuk mempertarungkan ayam sabungnya dengan ayam sabung raja. Pak Kaduk menyuruh isterinya membuat baju daripada kertas. Oleh sebab ingin cepat siap, Pak Kaduk meminta Mak Siti melekatkan bahagian-bahagian baju itu saja.

Di gelanggang tempat menyabung ayam, raja terlihat akan Si Kunani, ayam sabung kepunyaan Pak Kaduk yang sangat bertuah itu. Raja memujuk Pak Kaduk untuk bertukar ayam Si Kunani yang dikatakan kurang bertuah dengan Si Jalak, ayam sabung kepunyaan baginda. Tanpa berfikir panjang, Pak Kaduk bersetuju. Pak Kaduk juga menggadaikan kampong halamannya kepada raja dengan bernilai 50 rial sebagai wang pertaruhan.

Perlawanan bermula. Pak Kaduk sangat gembira melihat ketangkasan Si Kunani. Si Kunani akhirnya menang. Pak Kaduk yang terlupa bahawa Si Kunani yang bukan miliknya, melompat-lompat kegembiraan sehingga tidak menyedari baju kertasnya telah terkoyak-rabak. Pak Kaduk akhirnya berlari pulang. Apabila sampai ke rumah, Pak Kaduk dimarahi isterinya.

2. TEMA

Cerita ini bertemakan sikap manusia yang suka mengambil tindakan secara terburu-buru atau tidak berfikir secara rasional sebelum mengambil sesuatu tindakan. Sebagai akibatnya, diri sendiri menanggung kerugian seperti Pak Kaduk yang mempercayai cakap raja yang sebenarnya bertujuan menipunya.

3. PERSOALAN

a. Sikap tamak membawa mudarat. Contohnya, Pak Kaduk yang tamak sanggup menggadaikan kampong halamannya dengan nilai 50 rial semata-mata untuk mendapat wang pertaruhan raja. Sebagai akibatnya, kampong halamannya tergadai.

b. Pemerintahan yang tidak bertanggung jawab akan menyusahkan kehidupan rakyat. Raja Indera Seri bukan saja tidak mentadbirkan Negara dengan baik, bahkan baginda mengambil kesempatan pula untuk mencari keuntungan atas rakyat yang daif seperti Pak Kaduk. Perlakuan baginda yang sedemikian menyebabkan kehidupan rakyat seperti Pak Kaduk bertambah susah.

4. WATAK

a. Watak utama: Pak Kaduk.

b. Watak sampingan: Raja Indera dan Mak Siti.

5. PERWATAKAN

WATAK

CIRI-CIRI

Pak Kaduk

· Mempunyai isteri bernama Mak Siti.

· Sifat bodoh, lurus, tidak berfikir panjang, dan tergopoh-gopoh. Buktinya, dia sanggup menukarkan ayamnya yang handal dengan ayam sabungan raja.

· Mempunyai cita-cita yang tinggi tapi tidak kesampaian.

Raja Indera Sari

· Raja negari Chempaka Seri.

· Raja yang tidak bertanggungjawab. Baginda mengabaikan syariat Islam dan suka berjudi.

· Suka menipu. Baginda mengambil kesempatan atas kebodohan Pak Kaduk untuk kepentingan diri sendiri.

Mak Siti

· Isteri kepada Pak Kaduk.

· Membuat baju kertas untuk Pak Kaduk ke pertandingan ayam sabung.

6. PLOT

a. Raja Indera sangat suka bersabung ayam. Baginda ingin menyabung ayam di kampong Pak Kaduk.

b. Pak Kaduk menyuruh Mak Siti menyediakan baju kertas untuknya. Pak Kaduk membawa Si Kunani kegelanggang untuk menyabung ayam. Pak Kaduk mempertaruhkan kampong halamannya.

c. Raja Indera Sari bertukar ayam sabung dengan Pak Kaduk. Raja dan Pak Kaduk bersetuju ntuk mempertaruhkan dengan nilai 50 rial.

d. Pertaruhan bermula. Si Kunani menang. Pak Kaduk sangat gembira sehingga tidak perasan bahawa baju kertasnya telah terkoyak. Orang ramai ketawa melihat Pak Kaduk yang bertelanjang bulat.

e. Pak Kaduk Berlari pulang ke rumah. Di rumah, Pak Kaduk dimarahi oleh Mak Siti.

7. GAYA BAHASA

GAYA BAHASA

CIRI

CONTOH

Diksi

Penggunaan kata bahasa Melayu lama.

· Bulang yang bermaksud pengikat Melayu Lama.

· Bena yang bermaksud hirau atau peduli.

· Bangat yang bermaksud cepat, lekas, dan segera.

Simile

Perumpamaan

· Tampaknya Pak Kaduk seperti juara yang maha faham pada sabung-menyabung.

Ayat

· Laras bahasa klasik

· Hatta demi melihat baginda dengan sekalian orang-orang besar dan rakyat tentera yang hina-dina sekalian akan hal Pak Kadukitu, semuanya tertawa serta bertepuk tangan dengan tempik soraknya kesukaan melihatkan temasya Pak Kaduk itu.

· Laras bahasa istana

· “Ampun tuanku beribu-ribu ampun, patik ini tiadalah apa harta yang ada, hanya kampong sebuah itu sahaja:....”

8. LATAR

LATAR

CONTOH

Tempat

· Negeri Chempaka Seri.

· Gelanggan tempat menyabung ayam.

· Rumah Pak Kaduk di tepi sungai.

Masa

· Zaman feudal, iaitu zaman pemerintahan beraja.

· Raja mempunyai kuasa mutlak terhadap rakyat.

Masyarakat

· Rakyat.

o Mereka mengabaikan syariat agama.

o Mereka suka berjudi dan membuang masa.

o Mereka bertindak membuta tuli.

· Raja.

o Raja tidak bertanggungjawab dan tiada wawasan dalam pemerintahan.

o Raja zalim, memperalat rakyat yang lemah.

o Raja mesti dihormati. Kata-kata dan suruhan raja mesti ditaati oleh rakyat.

9. NILAI DAN PENGAJARAN

a. Manusia perlu berfikir secara rasional sebelum bertindak supaya tidak rugi atau menanggung malu.

b. Raja yang memerintah mesti bersikap adil dan tidak memperalatkan rakyat untuk kepentingan diri sendiri.

c. Jangan berjudi kerana permainan tersebut tidak mendatangkan keuntungan. Orang yang berjudi telah melakukan dosa di sisi Tuhan juga.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...