Wednesday, May 19, 2010

Folio Pasir Salak - Sinopsis Bab 9

Bab 9-Tiba Masanya.
Suasana di Pasir salak semakin tegang. Datuk Maharaja Lela mengarah supaya semua orang bersiap sedia dan mengukuhkan kubu pertahana. Semua lelaki berkawal siang dan malam dengan bersenjata.
Ketika matahari hampir tegak di atas kepala, Lamin, Akub, dan Deli pulang dari Bandar Tua setelah membantu membuat kubu pertahanan. Kubu pertahanan Bandar dibina agak besar dan kukuh. Akub agak hairan mengapa kubu itu dibina sedemikian rupa, tetapi menurut kata Deli, untuk  menyerang Pasir Salak, penjajah terpaksa menempuh Bandar Tua terlebih dahulu. Barulah Akub faham kedudukan sebenarnya.
Apabila mereka sampai di warung, mereka dapati ramai orang sedang  berkumpul di situ. Di tengah sungai, kelihatan  beberapa buah perahu yang  dinaiki oleh orang-orang  suruahan  Inggeris dan askar sipahi sedang  mencari mayat Residen Birch tidak akan ditemui.
Datuk Maharaja Lela tiba di tempat itu dan menasihatkan orang ramai supaya jangan terlalu ramai berkumpul di situ sebaliknya meneruskan kerja mengawal kampung. Datuk Maharaja Lela percaya askar-askar itu tidak akan naik ke darat memandangkan bilangan mereka sedikit.
*****
Malam itu cuaca agak gelap. Lamin, Deli dan Akub berkawal di sebuah pondok. Jamung digunakan oleh mereka untuk menerangkan sedikit tempat itu. Ahad datang ke situ dan turut bersama mereka. Tidak lama kemudian, mereka melihat cahaya api jamung ke arah mereka dalam keadaan terburu-buru.Mereka menjadi gembira kerana abang saudara Deli, Mamat yang datang ke tempat itu. Mamat datang dengan membawa berita bahawa orang Inggeris akan menyerang  Pasir Salak. Deli pun membawa Mamat ke rumah Datuk Maharaja Lela. Ketika sampai di rumah Datuk Maharaja Lela, Datuk Maharaja Lela sedang berbincang sesuatu dengan Pak Itam dan Datuk Sagor, Penghulu Kampung  Gajah. Mamat memberitahu Datuk Maharaja Lela bahawa Inggeris akan dibantu oleh askar dan mata-mata Pulau Pinang; Nahkoda Orlong dan Raja Mahmud di Selangor.  Datuk Maharaja Lela tidak takut akan serangan itu. Deli dan orang ramai yang ada di situ kagum akan keberanian Datuk Maharaja Lela itu. Datuk Sagor juga berjanji akan membantu Datuk Maharaja Lela.

Berita yang dibawa oleh Mamat itu diketahui oleh seluruh penduduk kampung. Pemuda-pemuda yang lengkap bersenjata pun datang ke rumah Datuk Maharaja Lela. Datuk Maharaja Lela menjelaskan kedudukan sebenar kepada penduduk kampung yang datang ke rumahnya. Datuk Maharaja Lela mahu kampung itu dipertahankan dan musuh mesti dilawan. Tentang senjata, walaupun Inggeris ada senjata moden, tetapi Datuk Maharaja Lela tidak gentar. Penduduk kampung mempunyai bedil pemuras dan leta rentaka. Ucapan Datuk Maharaja Lela yang

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...