Wednesday, May 19, 2010

Folio Pasir Salak - Penghargaan


Penghargaan                                    
                           Pisang emas di atas para,
                                 Sudah masak boleh dimakan,
                            Budi baik jangan dilupa,
                                 Jutaan terima kasih diungkapkan.

            Ribuan terima kasih diucapkan kepada guru bahasa melayu  iaitu Cik Halimatun Saadiah di atas tunjuk ajar,nasihat ,dorongan dan bantuan beliau kepada saya untuk menyiapkan kajian ini ketika saya menghadapi rintangan  yang melanda.
            Tidak melupakan kedua ibu bapa saya yang telah banyak membantu  dari  segi  sokongan  moral  mahupun kewangan. Segala pengorbanan  mereka amat saya hargai dan kenangai. Seutas ingatan berpajangan buat mereka.
             Akhir sekali,saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada rakan-rakan seperjuangan  di atas nasihat dan kerjasama di dalam menjayakan kajian ini. Segala kerjasama, dorongan dan nasihat daripada semua pihak  yang terlibat dalam menjayakan  folio Pasir Salak  ini amat dihargai. Saya juga ingin memohon kemaafan sekirannya terdapat sebarang kesilapan semasa menjalankan kajian ini.

1 comment:

Muhammad said...

kenape xleh copy?hahahah...pandai!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...