Thursday, May 20, 2010

Kemahiran Menulis

ASSALAMUALAIKUM
MARI MENDEKATI KEMAHIRAN MENULIS BERSAMA-SAMA DENGAN SAYA
DATIN MARIAM BINTI MEHAD
SM SAINS SULTAN HAJI AHMAD SHAH KUANTAN
PAHANG

KEMAHIRAN MENULIS ( KM )
 Kemahiran aras tinggi selepas mendengar, bertutur dan membaca.
Peringkat menengah atas, kemahiran menulis jelas dalam Huraian Sukatan Pelajaran.



OBJEKTIF KM TINGKATAN 4
 Pelajar dapat menghasilkan penulisan kreatif dengan menggunakan kata, istilah, frasa, ungkapan dan ayat yang betul dan gramatis. Ceraian (viii)


OBJEKTIF KM TINGKATAN 5
 Pelajar dapat menghasilkan penulisan kreatif dan bukan kreatif menggunakan bahasa yang gramatis dan laras yang tepat serta memperlihatkan pertautan idea dan wacana yang kemas. Ceraian (viii)



JENIS KARANGAN BUKAN KREATIF
 Syarahan
 Ceramah/Ucapan
Perbahasan
 Rencana
 Laporan
 Wawancara/Dialog
Perbincangan
 Surat
 Surat Tidak Rasmi
 Berita
 Penerangan Fakta
 Komentar
 Minit Mesyuarat
 Ulasan/Kritikan



JENIS KARANGAN KREATIF
 Cerpen
 Skrip Drama
 Sketsa
 Cerita berdasarkan peribahasa



BAGI PERINGKAT MENENGAH ATAS ( TINGKATAN 4 DAN 5 )
EMPAT PELUASAN PERLU DIBERI PENEKANAN
1.Bahasa yang gramatis
 Tatabahasa Dewan
 Daftar Ejaan Rumi
 Kamus Dewan terkini

2.Laras yang tepat
 Variasi bahasa
 Bahasa klasik, bahasa istana, bahasa perundangan

3.Pertautan idea
 Perhubungan yang erat ( kohesi )
 Kejelekitan
 Kesinambungan antara satu ayat dengan ayat yang berikut ( koheren )

4.Wacana yang kemas
 Sebuah karangan yang lengkap
 Terdiri daripada perenggan pendahuluan, perenggan isi dan perenggan penutup





PERTAUTAN IDEA DARI SEGI


1. PERTAUTAN NAHUAN

2. PERTAUTAN LEKSIKAL


3. WACANA YANG KEMAS IAITU
“ Satuan bahasa yang lengkap dan bukan hanya susunan kata atau kalimat”
                                                                               -Harimurti Kridalaksana, 1978

WACANA YANG KEMAS JUGA BERMAKSUD
“ Satuan bahasa yang terlengkap dan tertinggi atau terbesar dengan koherensi dan kohesi yang tinggi, berkesinambungan awal dan akhir serta disampaikan secara lisan atau bertulis”
                                                                                             -Taringan, 1987

WACANA YANG KEMAS JUGA BERMAKSUD
“ Satu kesatuan perenggan-perenggan, setiap perenggan berfokus kepada satu isi. Setiap ayat bertautan antara satu sama lain. Pertautan membawa kesinambungan yang logik antara satu ayat dengan ayat yang berikutnya.Teks penulisan terbentuk sebagai satu satuan yang jitu”
                                                                            – Khatijah binti Abdul Hamid, 1996





PENGEMBANGAN ISI DALAM PERENGGAN
TIGA PILIHAN PERENGGAN :

 Perenggan Deduktif

- ayat topik diikuti oleh ayat huraian

 Perenggan Induktif
- ayat huraian diikuti oleh ayat topik


 Perenggan Deduktif-Induktif
- ayat topik -> ayat huraian -> ayat simpul





SOALAN CONTOH

Usaha menangani kemelut ekonomi menuntut komitmen dan pengorbanan semua pihak terutamanya institusi keluarga.
Berikan pendapat anda tentang usaha-usaha yang patut dilaksanakan secara berterusan oleh anggota keluarga untuk menangani masalah yang melanda negara kini.



FOKUS SOALAN
Cara atau usaha-usaha anggota keluarga ( ibu, bapa dan anak-anak ) untuk menangani masalah yang melanda negara kini (kemelut ekonomi).





RANGKA KESELURUHAN
Pendahuluan Ayat Rangsangan
Ayat Fokus
Ayat Arah
Perenggan Isi Usaha 1 : Menabung
Perenggan Isi Usaha 2 : Merancang perbelanjaan
Perenggan Isi Usaha 3 : Mencari sumber kewangan baru
Perenggan Isi Usaha 4 : Mengelakkan pembaziran
Perenggan Isi Usaha 5 : Memantapkan disiplin keluarga
Penutup Pendirian, pandangan, harapan





JENIS-JENIS PENDAHULUAN
PENGEMBANGAN ISI
Untuk mengembangkan isi, cubalah guna formula atau rumus amalan saya.
FORMULA / RUMUS PENGEMBANGAN ISI
ATAH (5W 1H 1I) ACAS pb
AT ( Ayat Topik ) Isi utama
AH ( Ayat Huraian ) apa, siapa, bila, di mana, mengapa
( 5W ), bagaimana (1H) dan sekiranya (1I)
AC ( Ayat Contoh ) Contoh yang berkaitan dengan isi
AS ( Ayat Simpul ) Penutup perenggan

1I ( SEKIRANYA )



 Merujuk kepada KBKK
- Kaitan atau perhubungan
- Membanding atau membeza
- Meramal
- pb merujuk kepada peribahasa





CONTOH APLIKASI RUMUS
 Menabung

(AT) Menabung merupakan aktiviti tradisi yang kita warisi sejak zaman nenek moyang lagi tetapi caranya sahaja yang berbeza.
(AH 1) Aktiviti ini perlulah dihidupsuburkan bagi menghadapi kemelut ekonomi yang melanda negara. (Apa yang harus dilakukan ?)
(AH 2) Kita pasti berasa terjamin terutama sekali pada masa kecemasan sekiranya tabungan sudah memadai.
( Mengapa? )

(AH 3) Sementara itu, menabung tiga puluh peratus daripada pendapatan sangatlah digalakkan kerana jumlah ini dianggap berpatutan. ( Bagaimana ?)
(AH 4) Kita semua tentu sependapat bahawa kepentingan menabung perlu ditekankan kepada setiap anggota keluarga sejak zaman kanak-kanak lagi. ( Bila ?)
(AH 5) Pelbagai bentuk tabung telah direka dan ditawarkan oleh bank-bank atau institusi kewangan untuk menarik perhatian kanak-kanak menabung.
( Siapa ? )

(AH 6) Sekiranya setiap anggota keluarga memberikan komitmen yang tinggi terhadap aktiviti menabung, tentulah kemelut ekonomi akan dapat diatasi. ( Sekiranya )
(AC) Sebagai contoh, kita boleh menyimpan di bank dalam bentuk simpanan tetap, simpanan semasa atau melabur dalam dana tertentu. ( Di mana ? )
(AS) Jadi, pepatah nenek moyang kita yang berbunyi beringat sebelum kena, berjimat sebelum habis patutlah dijadikan amalan hidup dan pegangan yang berterusan.(Sisipan peribahasa)




CONTOH APLIKASI RUMUS
 Merancang perbelanjaanl
(AT) Jika selama ini kita berbelanja mengikut cita rasa dan selera masing-masing, sudah tiba masanya untuk setiap anggota keluarga merancang perbelanjaan sewajarnya.
(AH 1) Perkara pertama yang patut dilakukan ialah mewujudkan buku catatan perbelanjaan peribadi untuk merekodkan setiap pengeluaran wang. ( Apa yang patut dilakukan ? )
(AH 2) Dalam buku tersebut akan dicatatkan apa-apa sahaja barang yang perlu dibeli pada setiap hari, minggu atau bulan dengan harganya sekali. ( Bila ? )
(AH 3) Selepas menjumlahkan perbelanjaan, sudah pasti kita akan saling mengingat semua anggota keluarga agar berjimat cermat dan memikirkan kemampuan keluarga. ( Bagaimana ? )
(AH 4) Sebenarnya , kenaikan harga barangan utama kini memaksa setiap anggota keluarga merancang dan mengatur perbelanjaan dengan cara yang bijaksana.(Bagaimana?)
(AH 5) Seandainya amalan menyenarai barangan keperluan yang patut dibeli dilaksanakan setiap kali membeli-belah, tentulah masalah berbelanja melebihi kemampuan dapat dielakkan. (Sekiranya )
(AC) Bagi ketua keluarga, misalnya utamakanlah barang makanan, ubat-ubatan dan buku-buku pendidikan yang menjadi keperluan asas setiap keluarga.
(AS) Dengan cara demikian, tentulah jumlah perbelanjaan dapat kita aturkan dan wang selebihnya dapatlah disimpan sebagai tabungan kerana kata peribahasa sedikit-sedikit lama-lama jadi bukit.




PERKARA PENTING YANG PERLU DIBERI PERHATIAN DALAM PENGEMBANGAN ISI KARANGAN CEMERLANG IALAH :


ISI CUKUP DAN BERKEMBANG
 SEKURANG-KURANGNYA 3 ISI SEBAIK-BAIKNYA 5 ISI
 GUNAKAN FORMULA YANG DICADANGKAN
n

ATAH (5W + 1H + I ) ACAS pb
SUSUN ISI IKUT KEUTAMAAN
 BERIKAN CONTOH ATAU BUKTI
 PERENGGAN SEIMBANG
 ADA UNSUR KEMATANGAN ( KBKK )
 SATU ISI SATU PERENGGAN
n




KESIMPULAN
Pengembangan perenggan isi perlu dipelajari secara sistematis.
- Proses yang tersembunyi perlu dizahirkan.
- Konsep kohesi dan koheren perlu ditekankan.
- Formula atau rumus hanyalah kreativiti untuk memudahkan pelajar mengingat langkah-langkah pengembangan isi agar huraian menjadi jelas.

PENUTUP KARANGAN
 Penutup karangan merupakan rumusan keseluruhan atau kesimpulan terhadap isi-isi yang telah dikemukakan terdahulu. Jadi, pelajar-pelajar diingatkan supaya tidak mengulangi isi-isi yang telah dibincangkan.

 Bahagian ini juga menjadi ruang pengukuh bicara dan pengunci pendirian pelajar terhadap isu yang telah dibincangkan. Penanda wacana yang sesuai hendaklah digunakan untuk memberi gambaran bahawa karangan sudah tiba ke penghujung.
 Peribahasa, sedutan kata pujangga atau puisi yang sesuai juga boleh digunakan untuk mengindahkan kesimpulan dan memberi kesan. Ramalan, bayangan masa hadapan atau soalan yang mencabar daya fikir pembaca juga boleh diutarakan. Pastikan perenggan penutup ditulis dalam satu perenggan yang hampir seimbang dengan perenggan terdahulu iaitu antara lima hingga tujuh ayat.


SEKIAN


SELAMAT MENULIS
TERIMA KASIH

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...