Thursday, October 6, 2011

permata pintar

UKM1.PERMATAPINTAR.EDU.MY




KEMPEN 1Hari 1Sekolah 1Pelajar.

MARI BERSANTAI, MARI MENGUJI



Kepada warga SMKSA, anda digalakkan memasuki laman sesawang di atas untuk menguji tahap kecerdasan.

Ujian PERMATApintar UKM1 ini adalah dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris sesuai digunakan untuk menyaring darjah kecerdasan (IQ) pelajar dari umur 8 hingga 15 tahun. Untuk menggunakan ujian saringan ini, pelajar hanya perlu tahu perkara-perkara asas penggunaan komputer seperti menggunakan tetikus dan papan kekunci. Sekiranya pelajar berhenti atau talian terputus, maka pelajar boleh menyambung semula ujian di waktu yang lain sehingga tamat.

Perlu diingatkan bahawa pelajar tidak dibenarkan mendapatkan bantuan dari orang lain semasa menjawab soalan dalam ujian saringan ini. Pelajar hanya dibenarkan mengambil ujian saringan inisekali sahaja. Pelajar perlu memasukkan maklumat peribadi, sekolah dan ibu bapa atau penjaga sebelum memulakan ujian saringan ini.

*Nota: Ibubapa, penjaga atau guru dibenarkan membantu pelajar untuk memasukkan maklumat pelajar, sekolah dan ibu bapa atau penjaga sahaja.

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...