Wednesday, December 29, 2010

Jampi Geografi Tingkatan 1 2011


BAHAGIAN A : KEMAHIRAN GEOGRAFI
1. Kedudukan.
2. Arah.  
3. Skala dan Jarak.
4. Graf.
5. Peta.

BAHAGIAN B : GEOGRAFI FIZIKAL DAN MANUSIA
                                   TEMA 1 : BENTUK MUKA BUMI DAN POTENSI.
1)   Bentuk Muka Bumi
2)   Potensi dan Halangan Bentuk Muka Bumi terhadap Kegiatan Manusia.
3)   Kesan Kegiatan Manusia terhadap Alam Sekitar.






 TEMA 2 : CUACA DAN IKLIM SERTA PENGARUHNYA.
1)   Pergerakan  Bumi di dalam Sistem Suria.
2)   Pengaruh Cuaca dan Iklim terhadap Kegiatan Manusia.
3)   Pengaruh Manusia terhadap Cuaca dan Iklim.




TEMA 3 : TUMBUH-TUMBUHAN SEMULA JADI DAN HIDUPAN LIAR.
1)   Jenis dan Taburan Tumbuh-tumbuhan Semula Jadi dan Hidupan Liar.
2)   Faktor-faktor yang mempengaruhi Pelbagai Jenis Tumbuh-tumbuhan Semula Jadi.
3)   Kepentingan Tumbuh-tumbuhan Semula Jadi.
4)   Kesan Kegiatan Manusia terhadap Tumbuh-tumbuhan Semula Jadi dan Hidupan Liar.
5)   Pemeliharaan dan Pemuliharaan Tumbuh-tumbuhan Semula Jadi dan Hidupan Liar.

BAHAGIAN C : KAJIAN GEOGRAFI TEMPATAN
1)   Panduan Menjalankan Kajian Geografi Tempatan.
2)    Contoh Kajian Geografi Tempatan.


Tuesday, December 28, 2010

Back To School 2011

Pendaftaran pelajar Tingkatan Satu pada
31 Disember 2010

Kepada Pelajar 1 Zuhal
Nanti kan saya sebagai guru kelas
(*-*)

Monday, December 27, 2010

Esok genap setahun

esok genap setahun menjadi cikgu.. ^^,
Tahniah to cikgu halimatun..
anda berjaya mengharungi 1st year

walaupun tidak berjaya sangat..
namun, suma itu tetap boleh diperbaiki.

keep up the good job

me dengn pelajar 2 neptun 2010

Saturday, November 20, 2010

TAKWIM PERSEKOLAHAN 2011

Takwim Sekolah 2011

Kalendar Persekolahan Tahun 2011
Kumpulan A
PenggalCuti dan Hari PersekolahanMulaAkhirHari
IHari Persekolahan02.01.201131.01.201122
Hari Persekolahan01.02.201128.02.201120
Hari Persekolahan01.03.201110.03.20118
Cuti Pertengahan Penggal11.03.201119.03.20119
Hari Persekolahan20.03.201131.03.201110
Hari Persekolahan01.04.201130.04.201120
Hari Persekolahan01.05.201126.05.201120
Cuti Pertengahan Tahun27.05.201111.06.201116
IIHari Persekolahan12.06.201130.06.201115
Hari Persekolahan01.07.201131.07.201121
Hari Persekolahan01.08.201125.08.201119
Cuti Pertengahan Penggal ke II26.08.201103.09.20119
Hari Persekolahan04.09.201130.09.201120
Hari Persekolahan01.10.201131.10.201122
Hari Persekolahan01.11.201117.11.201113
Cuti Akhir Tahun18.11.201131.12.201144
Jumlah288
Jumlah Hari Persekolahan Termasuk Cuti Am210
Jumlah Hari Cuti Penggal78

Kumpulan B
PenggalCuti dan Hari PersekolahanMulaAkhirHari
IHari Persekolahan03.01.201131.01.201121
Hari Persekolahan01.02.201128.02.201120
Hari Persekolahan01.03.201111.03.20119
Cuti Pertengahan Penggal12.03.201120.03.20119
Hari Persekolahan21.03.201131.03.20119
Hari Persekolahan01.04.201130.04.201121
Hari Persekolahan01.05.201127.05.201120
Cuti Pertengahan Tahun28.05.201112.06.201116
IIHari Persekolahan13.06.201130.06.201114
Hari Persekolahan01.07.201131.07.201121
Hari Persekolahan01.08.201126.08.201120
Cuti Pertengahan Penggal ke II27.08.201104.09.20119
Hari Persekolahan05.09.201130.09.201120
Hari Persekolahan01.10.201131.10.201121
Hari Persekolahan01.11.201118.11.201114
Cuti Akhir Tahun19.11.201101.01.201244
Jumlah288
Jumlah Hari Persekolahan Termasuk Cuti Am210
Jumlah Hari Cuti Penggal78


Kumpulan AKumpulan B
  • Kedah
  • Kelantan
  • Terengganu
  • Perlis
  • Pulau Pinang
  • Perak
  • Selangor
  • Negeri Sembilan
  • Melaka
  • Johor
  • Pahang
  • Sabah
  • Sarawak
  • Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
  • Wilayah Persekutuan Labuan
  • Wilayah Persekutuan Putrajaya



Disuntung daripada: http://www.moe.gov.my/?id=275&lang=my

Suka suki

Laporan tahunan

Bidang tugas

Manual KOKO

Perancangan strategik koko

Sasaran tahunan

Contoh SKT

Selaku cikgu yang tak sampai setahun jagung. Saya hampir terpinga-pinga apabila diberikan borang hijau.
"Nak buat apa nie akak? Wajib isi ke?"
"Kalo tak isi ko tak keje la tahun nie kiranyer."
tidak di
Penat setahun bekerja. Semua perkara yang boleh dibuat saya buat. Untuk memperoleh pengalaman paling berharga di tahun pertama saya bergelar "cikgu". Tak semudah yang disangka. Suma dah ditempuhi dan dilalui. Inilah masanya melaporkan apa yang dilakukan.

"Halimatun, ko dah buat banyak keje. Tulis semua. Biar pentadbir tahu. Biar berbaloi."

Sampai saat ini, saya masih tidak merasakan kepuasan dalam menjalani tugas sebagai seorang guru. Terlalu banyak batasan yang sepatutnya diberi peluang. Susah nak diceritakan. Saya faham tidak senang memberi peluang kepada penyapu baru seperti saya.

Hari ini baru saya terfikir mencarai contoh SKT di laman sesawang. Contoh cikgu ini boleh kita sama-sama jadi pemangkin untuk berjaya dalam profesion perguruan.



Contoh SKT


Sekian, terima kasih.
HH~

Friday, November 5, 2010


...:::MARI KE KEM REMAJA PADA 6 & 7 NOVEMBER 2010:::...

Wednesday, August 11, 2010

Sunday, July 4, 2010

Tugasan Cuti Sekolah Tg 1 : Kajian Geografi Tempatan

TUGASAN  TINGKATAN 1: BENTUK MUKA BUMI DAN POTENSINYA

 Pelajar dikehendaki menjalankan satu kajian tentang potensi pelbagai bentuk muka bumi  terhadap aktiviti penduduk di kawasan kajian.

 Kajian tersebut  mesti merangkumi perkara-perkara berikut:

Ø  Jenis bentuk muka bumi.
Ø  Jenis kegiatan ekonomi utama yang dijalankan oleh penduduk.
Ø  Potensi pelbagai bentuk muka bumi terhadap aktiviti penduduk.
Ø  Jadual data kajian.
Ø  Grafik.

 Nota: Penerapan nilai dan unsur patriotisme dalam dapatan kajian.



________________________________________________________________________

ARAHAN KEPADA CALON

1.     Calon hendaklah mendapatkan bimbingan guru dalam pemilihan tugasan.
        Kajian hendaklah dijalankan di tempat tinggal calon yang tidak melebihi 5 kilometer persegi.

2.     Calon mesti melaksanakan kesemua aspek kerja kursus untuk mendapat Kod 1: Cemerlang,  Kod 2: Kepujian atau Kod 3: Memuaskan. Calon yang tidak menulis laporan dapatan kajian akan mencapai Kod 4: Mencapai sebahagian tahap penguasaan minimum.

3.     Calon digalakkan menggunakan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) untuk mencari dan mengumpul fakta geografi.

4.     Calon boleh melaksanakan kajian secara berkumpulan tetapi hasil kerja mestilah secara  individu.

5.     Fakta geografi yang dikumpul hendaklah didokumentasikan dalam bentuk laporan dapatan kajian. Laporan dapatan kajian hendaklah dihasilkan dalam bentuk esei tidak kurang  daripada 400 patah perkataan mengikut format yang ditetapkan.

6.     Hasil kerja kursus hendaklah ditulis tangan, ditaip atau menggunakan komputer pada kertas saiz A4 sahaja. Penulisan menggunakan komputer hendaklah dengan fon Times New Roman, saiz 12 dengan langkau 2-0. Penggunaan komputer/foto dalam kajian tidak mempengaruhi pemarkahan.

7.     Hasil kerja kursus calon mestilah merupakan hasil usaha sendiri dan tidak ditiru daripada mana-mana pihak.

8.     Maklumat peribadi calon hendaklah ditulis di halaman hadapan kerja kursus.

9.     Rujukan hendaklah ditulis dengan format penulisan yang betul.

10.   Penilaian proses kerja calon akan dilakukan sepanjang masa kerja kursus dilaksanakan.

11.   Penilaian dan pemberian markah dilakukan selepas pelaksanaan setiap aspek.
        Penskoran hasil kerja calon dilakukan pada bulan Julai.



FORMAT PENULISAN PELAPORAN

(i)       Penghargaan
           Penghargaan ditujukan kepada semua pihak yang membantu saya dalam menjalankan kajian. Ini termasuk ibu bapa, pengetua sekolah, guru grografi, responden, pegawai-pegawai yang terlibat dan juga rakan-rakan sekumpulan.

(ii)      Pendahuluan
           Bahagian ini  mengandungi pengenalan dan huraian secara ringkas tentang diri anda, rakan sekumpulan, tajuk kajian, kawasan kajian dan sebagainya.

(iii)     Objektif Kajian
           Menyatakan tujuan kajian dijalankan. Murid dikehendaki menyenaraikan beberapa objektif  kajian.

(iv)     Kawasan Kajian
           Huraian tentang kawasan kajian dari segi: arah, kedudukan, jarak, ciri fizikal kawasan dan sebab-sebab memilih kawasan tersebut.

(v)      Kaedah Kajian
           Menyenarai dan menghuraikan cara-cara yang digunakan semasa menjalankan kajian. Ini termasuk pemerhatian, rujukan kepustakaan, kaji selidik dan temu bual.

(vi)     Hasil Kajian
           Menghuraikan kajian secara terperinci. Ini merangkumi huraian tentang:
           (a)   kemahiran geografi mentafsirkan jadual, graf, rajah, foto dan peta lakar
           (b)   kemahiran meninjau dan mengenal pasti masalah atau isu yang dikaji



(vii)     Rumusan
            Kesimpulan secara ringkas dan tepat tentang kajian yang dijalankan. Murid mengemukakan cadangan dan pengalaman semasa menjalankan kajian. Murid juga menyebut unsur-unsur  kesedaran alam sekitar dan semangat mencintai serta menghargai kawasan sendiri.

(viii)    Rujukan
            Senaraikan bahan rujukan yang telah digunakan semasa kajian dijalankan. Contohnya, buku rujukan, laman web dan orang rujukan seperti ketua kampung atau pengerusi rukun tetangga.

(ix)      Lampiran
            Melampirkan semua bahan yang berkenaan dengan kajian. Borang temu bual, kaji selidik, surat kebenaran dan sebagainya.

dipetik dari web lain.

Sunday, June 13, 2010

Perkhemahan di Pulau Pangkor

Kem ini macam menarik. Baru sahaja terjumpa tadi. Sesuai untuk pelajar n golongan pelajar IPT.

http://raudhahcamp.com/

bertempat di Pulau Pangkor. menyediakan peralatan yang serba lengkap untuk pengunjung yang jarang berkempen tapi meminati.

Thursday, June 3, 2010

Pergaduhan

tetiba rasa tak tahu nak start macam mana..

Thursday, May 20, 2010

Kemahiran Menulis

ASSALAMUALAIKUM
MARI MENDEKATI KEMAHIRAN MENULIS BERSAMA-SAMA DENGAN SAYA
DATIN MARIAM BINTI MEHAD
SM SAINS SULTAN HAJI AHMAD SHAH KUANTAN
PAHANG

KEMAHIRAN MENULIS ( KM )
 Kemahiran aras tinggi selepas mendengar, bertutur dan membaca.
Peringkat menengah atas, kemahiran menulis jelas dalam Huraian Sukatan Pelajaran.



OBJEKTIF KM TINGKATAN 4
 Pelajar dapat menghasilkan penulisan kreatif dengan menggunakan kata, istilah, frasa, ungkapan dan ayat yang betul dan gramatis. Ceraian (viii)


OBJEKTIF KM TINGKATAN 5
 Pelajar dapat menghasilkan penulisan kreatif dan bukan kreatif menggunakan bahasa yang gramatis dan laras yang tepat serta memperlihatkan pertautan idea dan wacana yang kemas. Ceraian (viii)



JENIS KARANGAN BUKAN KREATIF
 Syarahan
 Ceramah/Ucapan
Perbahasan
 Rencana
 Laporan
 Wawancara/Dialog
Perbincangan
 Surat
 Surat Tidak Rasmi
 Berita
 Penerangan Fakta
 Komentar
 Minit Mesyuarat
 Ulasan/Kritikan



JENIS KARANGAN KREATIF
 Cerpen
 Skrip Drama
 Sketsa
 Cerita berdasarkan peribahasa



BAGI PERINGKAT MENENGAH ATAS ( TINGKATAN 4 DAN 5 )
EMPAT PELUASAN PERLU DIBERI PENEKANAN
1.Bahasa yang gramatis
 Tatabahasa Dewan
 Daftar Ejaan Rumi
 Kamus Dewan terkini

2.Laras yang tepat
 Variasi bahasa
 Bahasa klasik, bahasa istana, bahasa perundangan

3.Pertautan idea
 Perhubungan yang erat ( kohesi )
 Kejelekitan
 Kesinambungan antara satu ayat dengan ayat yang berikut ( koheren )

4.Wacana yang kemas
 Sebuah karangan yang lengkap
 Terdiri daripada perenggan pendahuluan, perenggan isi dan perenggan penutup





PERTAUTAN IDEA DARI SEGI


1. PERTAUTAN NAHUAN

2. PERTAUTAN LEKSIKAL


3. WACANA YANG KEMAS IAITU
“ Satuan bahasa yang lengkap dan bukan hanya susunan kata atau kalimat”
                                                                               -Harimurti Kridalaksana, 1978

WACANA YANG KEMAS JUGA BERMAKSUD
“ Satuan bahasa yang terlengkap dan tertinggi atau terbesar dengan koherensi dan kohesi yang tinggi, berkesinambungan awal dan akhir serta disampaikan secara lisan atau bertulis”
                                                                                             -Taringan, 1987

WACANA YANG KEMAS JUGA BERMAKSUD
“ Satu kesatuan perenggan-perenggan, setiap perenggan berfokus kepada satu isi. Setiap ayat bertautan antara satu sama lain. Pertautan membawa kesinambungan yang logik antara satu ayat dengan ayat yang berikutnya.Teks penulisan terbentuk sebagai satu satuan yang jitu”
                                                                            – Khatijah binti Abdul Hamid, 1996





PENGEMBANGAN ISI DALAM PERENGGAN
TIGA PILIHAN PERENGGAN :

 Perenggan Deduktif

- ayat topik diikuti oleh ayat huraian

 Perenggan Induktif
- ayat huraian diikuti oleh ayat topik


 Perenggan Deduktif-Induktif
- ayat topik -> ayat huraian -> ayat simpul





SOALAN CONTOH

Usaha menangani kemelut ekonomi menuntut komitmen dan pengorbanan semua pihak terutamanya institusi keluarga.
Berikan pendapat anda tentang usaha-usaha yang patut dilaksanakan secara berterusan oleh anggota keluarga untuk menangani masalah yang melanda negara kini.



FOKUS SOALAN
Cara atau usaha-usaha anggota keluarga ( ibu, bapa dan anak-anak ) untuk menangani masalah yang melanda negara kini (kemelut ekonomi).





RANGKA KESELURUHAN
Pendahuluan Ayat Rangsangan
Ayat Fokus
Ayat Arah
Perenggan Isi Usaha 1 : Menabung
Perenggan Isi Usaha 2 : Merancang perbelanjaan
Perenggan Isi Usaha 3 : Mencari sumber kewangan baru
Perenggan Isi Usaha 4 : Mengelakkan pembaziran
Perenggan Isi Usaha 5 : Memantapkan disiplin keluarga
Penutup Pendirian, pandangan, harapan





JENIS-JENIS PENDAHULUAN
PENGEMBANGAN ISI
Untuk mengembangkan isi, cubalah guna formula atau rumus amalan saya.
FORMULA / RUMUS PENGEMBANGAN ISI
ATAH (5W 1H 1I) ACAS pb
AT ( Ayat Topik ) Isi utama
AH ( Ayat Huraian ) apa, siapa, bila, di mana, mengapa
( 5W ), bagaimana (1H) dan sekiranya (1I)
AC ( Ayat Contoh ) Contoh yang berkaitan dengan isi
AS ( Ayat Simpul ) Penutup perenggan

1I ( SEKIRANYA )



 Merujuk kepada KBKK
- Kaitan atau perhubungan
- Membanding atau membeza
- Meramal
- pb merujuk kepada peribahasa





CONTOH APLIKASI RUMUS
 Menabung

(AT) Menabung merupakan aktiviti tradisi yang kita warisi sejak zaman nenek moyang lagi tetapi caranya sahaja yang berbeza.
(AH 1) Aktiviti ini perlulah dihidupsuburkan bagi menghadapi kemelut ekonomi yang melanda negara. (Apa yang harus dilakukan ?)
(AH 2) Kita pasti berasa terjamin terutama sekali pada masa kecemasan sekiranya tabungan sudah memadai.
( Mengapa? )

(AH 3) Sementara itu, menabung tiga puluh peratus daripada pendapatan sangatlah digalakkan kerana jumlah ini dianggap berpatutan. ( Bagaimana ?)
(AH 4) Kita semua tentu sependapat bahawa kepentingan menabung perlu ditekankan kepada setiap anggota keluarga sejak zaman kanak-kanak lagi. ( Bila ?)
(AH 5) Pelbagai bentuk tabung telah direka dan ditawarkan oleh bank-bank atau institusi kewangan untuk menarik perhatian kanak-kanak menabung.
( Siapa ? )

(AH 6) Sekiranya setiap anggota keluarga memberikan komitmen yang tinggi terhadap aktiviti menabung, tentulah kemelut ekonomi akan dapat diatasi. ( Sekiranya )
(AC) Sebagai contoh, kita boleh menyimpan di bank dalam bentuk simpanan tetap, simpanan semasa atau melabur dalam dana tertentu. ( Di mana ? )
(AS) Jadi, pepatah nenek moyang kita yang berbunyi beringat sebelum kena, berjimat sebelum habis patutlah dijadikan amalan hidup dan pegangan yang berterusan.(Sisipan peribahasa)




CONTOH APLIKASI RUMUS
 Merancang perbelanjaanl
(AT) Jika selama ini kita berbelanja mengikut cita rasa dan selera masing-masing, sudah tiba masanya untuk setiap anggota keluarga merancang perbelanjaan sewajarnya.
(AH 1) Perkara pertama yang patut dilakukan ialah mewujudkan buku catatan perbelanjaan peribadi untuk merekodkan setiap pengeluaran wang. ( Apa yang patut dilakukan ? )
(AH 2) Dalam buku tersebut akan dicatatkan apa-apa sahaja barang yang perlu dibeli pada setiap hari, minggu atau bulan dengan harganya sekali. ( Bila ? )
(AH 3) Selepas menjumlahkan perbelanjaan, sudah pasti kita akan saling mengingat semua anggota keluarga agar berjimat cermat dan memikirkan kemampuan keluarga. ( Bagaimana ? )
(AH 4) Sebenarnya , kenaikan harga barangan utama kini memaksa setiap anggota keluarga merancang dan mengatur perbelanjaan dengan cara yang bijaksana.(Bagaimana?)
(AH 5) Seandainya amalan menyenarai barangan keperluan yang patut dibeli dilaksanakan setiap kali membeli-belah, tentulah masalah berbelanja melebihi kemampuan dapat dielakkan. (Sekiranya )
(AC) Bagi ketua keluarga, misalnya utamakanlah barang makanan, ubat-ubatan dan buku-buku pendidikan yang menjadi keperluan asas setiap keluarga.
(AS) Dengan cara demikian, tentulah jumlah perbelanjaan dapat kita aturkan dan wang selebihnya dapatlah disimpan sebagai tabungan kerana kata peribahasa sedikit-sedikit lama-lama jadi bukit.




PERKARA PENTING YANG PERLU DIBERI PERHATIAN DALAM PENGEMBANGAN ISI KARANGAN CEMERLANG IALAH :


ISI CUKUP DAN BERKEMBANG
 SEKURANG-KURANGNYA 3 ISI SEBAIK-BAIKNYA 5 ISI
 GUNAKAN FORMULA YANG DICADANGKAN
n

ATAH (5W + 1H + I ) ACAS pb
SUSUN ISI IKUT KEUTAMAAN
 BERIKAN CONTOH ATAU BUKTI
 PERENGGAN SEIMBANG
 ADA UNSUR KEMATANGAN ( KBKK )
 SATU ISI SATU PERENGGAN
n




KESIMPULAN
Pengembangan perenggan isi perlu dipelajari secara sistematis.
- Proses yang tersembunyi perlu dizahirkan.
- Konsep kohesi dan koheren perlu ditekankan.
- Formula atau rumus hanyalah kreativiti untuk memudahkan pelajar mengingat langkah-langkah pengembangan isi agar huraian menjadi jelas.

PENUTUP KARANGAN
 Penutup karangan merupakan rumusan keseluruhan atau kesimpulan terhadap isi-isi yang telah dikemukakan terdahulu. Jadi, pelajar-pelajar diingatkan supaya tidak mengulangi isi-isi yang telah dibincangkan.

 Bahagian ini juga menjadi ruang pengukuh bicara dan pengunci pendirian pelajar terhadap isu yang telah dibincangkan. Penanda wacana yang sesuai hendaklah digunakan untuk memberi gambaran bahawa karangan sudah tiba ke penghujung.
 Peribahasa, sedutan kata pujangga atau puisi yang sesuai juga boleh digunakan untuk mengindahkan kesimpulan dan memberi kesan. Ramalan, bayangan masa hadapan atau soalan yang mencabar daya fikir pembaca juga boleh diutarakan. Pastikan perenggan penutup ditulis dalam satu perenggan yang hampir seimbang dengan perenggan terdahulu iaitu antara lima hingga tujuh ayat.


SEKIAN


SELAMAT MENULIS
TERIMA KASIH

Wednesday, May 19, 2010

Folio Pasir Salak - Soalan PMR


Ø Soalan PMR

ü Soalan
Berdasarkan novel yang telah anda kaji,huraikan dua persoalan yang terkandung dalam novel tersebut.


ü Jawapan
       Novel Pasir Salak yang saya kaji mengemukakan pelbagai persoalan. Antara persoalannya termasuklah tenaga dan semangat orang muda penting dalam perjuangan mempertahankan negara. Dalam hal ini,Deli dan rakan-rakannya bersemangat tinggi untuk mempertahankan Pasir Salak daripada dikuasai Inggeris.
       Selain itu,terdapat persoalan tentang pembelotan penduduk tempatan terhadap bangsannya sendiri. Lamsah,seorang penduduk tempatan, telah membelot dengan menjadi tali barut Inggeris. Pembelotannya itu telah mendatangkan musibah kepada dirinya kerana dia telah terbunuh dalam pertempuran itu. Bandar Tua. Dalam pertempuran itu,Lamsah telah berpihak kepada orang Inggeris untuk menyerang Kampung Pasir Salak.

Folio Pasir Salak - Gaya Bahasa


§  Gaya bahasa
·       Aspek Bahasa/Unsur Bahasa
·       Contoh
Peribahasa
Tali barut
Besar diri
Metafora
Api kemarahan
Api semangat
Personifikasi
Angin yang menyerbu sekali-sekala
Panasnya masih terik menikam badan
Hiperbola
Matanya yang seolah-olah berapi

Folio Pasir Salak - Sinopsis Bab 9

Bab 9-Tiba Masanya.
Suasana di Pasir salak semakin tegang. Datuk Maharaja Lela mengarah supaya semua orang bersiap sedia dan mengukuhkan kubu pertahana. Semua lelaki berkawal siang dan malam dengan bersenjata.
Ketika matahari hampir tegak di atas kepala, Lamin, Akub, dan Deli pulang dari Bandar Tua setelah membantu membuat kubu pertahanan. Kubu pertahanan Bandar dibina agak besar dan kukuh. Akub agak hairan mengapa kubu itu dibina sedemikian rupa, tetapi menurut kata Deli, untuk  menyerang Pasir Salak, penjajah terpaksa menempuh Bandar Tua terlebih dahulu. Barulah Akub faham kedudukan sebenarnya.
Apabila mereka sampai di warung, mereka dapati ramai orang sedang  berkumpul di situ. Di tengah sungai, kelihatan  beberapa buah perahu yang  dinaiki oleh orang-orang  suruahan  Inggeris dan askar sipahi sedang  mencari mayat Residen Birch tidak akan ditemui.
Datuk Maharaja Lela tiba di tempat itu dan menasihatkan orang ramai supaya jangan terlalu ramai berkumpul di situ sebaliknya meneruskan kerja mengawal kampung. Datuk Maharaja Lela percaya askar-askar itu tidak akan naik ke darat memandangkan bilangan mereka sedikit.
*****
Malam itu cuaca agak gelap. Lamin, Deli dan Akub berkawal di sebuah pondok. Jamung digunakan oleh mereka untuk menerangkan sedikit tempat itu. Ahad datang ke situ dan turut bersama mereka. Tidak lama kemudian, mereka melihat cahaya api jamung ke arah mereka dalam keadaan terburu-buru.Mereka menjadi gembira kerana abang saudara Deli, Mamat yang datang ke tempat itu. Mamat datang dengan membawa berita bahawa orang Inggeris akan menyerang  Pasir Salak. Deli pun membawa Mamat ke rumah Datuk Maharaja Lela. Ketika sampai di rumah Datuk Maharaja Lela, Datuk Maharaja Lela sedang berbincang sesuatu dengan Pak Itam dan Datuk Sagor, Penghulu Kampung  Gajah. Mamat memberitahu Datuk Maharaja Lela bahawa Inggeris akan dibantu oleh askar dan mata-mata Pulau Pinang; Nahkoda Orlong dan Raja Mahmud di Selangor.  Datuk Maharaja Lela tidak takut akan serangan itu. Deli dan orang ramai yang ada di situ kagum akan keberanian Datuk Maharaja Lela itu. Datuk Sagor juga berjanji akan membantu Datuk Maharaja Lela.

Berita yang dibawa oleh Mamat itu diketahui oleh seluruh penduduk kampung. Pemuda-pemuda yang lengkap bersenjata pun datang ke rumah Datuk Maharaja Lela. Datuk Maharaja Lela menjelaskan kedudukan sebenar kepada penduduk kampung yang datang ke rumahnya. Datuk Maharaja Lela mahu kampung itu dipertahankan dan musuh mesti dilawan. Tentang senjata, walaupun Inggeris ada senjata moden, tetapi Datuk Maharaja Lela tidak gentar. Penduduk kampung mempunyai bedil pemuras dan leta rentaka. Ucapan Datuk Maharaja Lela yang

Folio Pasir Salak - Sinopsis Bab 8

Bab 8-Pasir Salak Berdarah.
Pada 1 November 1875, tiga buah perahu dan sebuah rumah rakit berlabuh di tengah sungai setentangan dengan pangkalan di Pasir Salak. Datuk Maharaja Lela dan pengikut-pengikutnya melihat keadaan itu dari jauh. Datuk Maharaja Lela meng arah pengikut-pengikutnya supaya tidak terburu-buru. Lagipun ketiga-tiga perahu itu tidak menghampiri tebing.
Datuk Maharaja Lela pulang diikuti oleh beberapa orang tua-tua. Pak Itam dan beberapa orang kampung masih mengawasi ketiga-tiga perahu dan rumah rakit itu. Ada yang mempertikaikan kenapa mereka tidak boleh bertindak terhadap perahu-perahu itu tetapi Pak Itam menasihatkan agar pesanan Datuk Maharaja Lela dipatuhi.
Hampir pukul lima pagi,barulah ketiga-tiga buah perahu dan rumah rakit itu mula bergerak ke tebing. Mereka yang menunggu di tebing sudah mula gelisah dan ada yang mula mengeluarkan senjata. Pak Itam menasihatkan agar jangan bertindak terlebih dahulu.
Pagi 2 November 1875, tiga buah perahu dan sebuah rumah rakit rapat ke tebing bertentang ke kedai emas. Penduduk Pasir Salak memerhatikan sahaja perahu-perahu dan rumah rakit itu. Mereka tidak berbuat apa-apa kerana mematuhi pesanan Datuk Maharaja Lela.
Dari atas perahu itu, beberapa orang askar sipahi turun bersenjatakan senapang. Seorang anak muda Melayu  iaitu Mat Arshad juga turun.    Sementara itu, Deli ternampak Lamsah. Akub marah dan ingin bertindak terhadap Lamsah tetapi Deli menegah.
Sebaik sahaja sampai di tebing, Mat Arshad memberitahu orang ramai bahawa dia ingin berjumpa dengan Datuk Maharaja Lela. Askar-askar sipahi mengiringi Lamsah dan Mat Arshad ke rumah Datuk Maharaja Lela. Akub dan Lamin serta beberapa orang permuda turut mengekori mereka ke rumah Datuk Maharaja Lela.
Datuk Maharaja Lela menyambut kedatangan adalah untuk memberitahu bahawa Residen Birch ingin berjumpa Datuk Maharaja Lela. Residen Birch di sungai ketika itu. Datuk Maharaja Lela enggan pergi sebaliknya Residen Birchlah yang patut datang menemui Datuk Maharaja Lela. Datuk Maharaja Lela sempat bertanya tujuan Residen Birch datang ke Pasir Salak. Mat Arshad menjelaskan bahawa Residen Birch ingin menampal surat kenyataan cukai mengenai cukai. Datuk Maharaja Lela melenting dan memberitahu bahawa beliau enggan menurut arahan Residen Birch itu. Datuk Maharaja Lela menyuruh mereka balik sahaja dan memberitahu perkara itu kepada Residen Birch.
Sebelum mereka beredar, Datuk Maharaja Lela dan Deli sempat menyindir Lamsah. Deli juga mahu bertindak terhadap Lamsah tetapi ditegah oleh Datuk Maharaja Lela. Apabila orang-orang Inggeris itu bergerak, Datuk Maharaja Lela menyuruh orang-orangnya ke singai iaitu tempat Residen Birch dan orang-orangnya berlabuh. Sekiranya ada sebarang surat ditampal, surat itu mesti dikoyak. Datuk Maharaja Lela sempat berkata sesuatu kepada Seputum dan Pandak Endut kemudian kedua-duanya berlari ke sungai.
Sementara itu, sesampai sahaja di rumah rakit, Mat Arshad menjelaskan kepada Residen Birch enggan datang. Residen Birch menyuruh Mat Arshad menampal surat-surat itu. Walaupun tidak dibenarkan oleh Datuk Maharaja Lela, Residen Birch berani menyuruh berbuat demikian kerana telah diberi kuasa oleh sultan untuk mengutip cukai di situ.
Selepas itu, berlaku kekecohan antara Mat Arshad dan orang kampung. Mat Arshad ditikam oleh Pandak Endut. Kekecohan itu membuatkan Residen Birch menjengah keluardari rumah rakit dan terjun ke sungai setelah melihat beberapa bilah lembing melayang ke arahnya.lm juga terjun ke sungai untuk menyelematkan diri. Askar-askar sipahi dan tukang dayung naik ke perahu dan melarikan diri.
Seputum pula naik ke atas rumah rakit dan menunggu Lamsah dan Residen Birch timbul di permukaan air. Tidak lama kemudian, Residen Birch muncul di permukaan dan Seputum terus menetaknya. Air sungai menjadi merah bercampur darah. Seputum menjerit kegembiraan kerana berjaya membunuh Residen Birch. Seputum menunggu Lamsah muncul tetapi Lamsah tidak muncul di permukaan. Deli,Akub,dan Lamin turut menunggu kemunculan Lamsah untuk membalas dendam. Mereka cepat-cepat ke tebing iaitu ke arah hilir tetapi Lamsah tidak ditemui juga.
Apabila sudah lama menungu dan tidak menemui Lamsah, mereka pun balik. Sementara itu, tukang dayung disuruh membawa mayat Mat Arshad ke Bandar Bharu di samping memberitahu tentang kematian Residen Birch dan Lamsah. Kedua-dua penday6ung itu pun pulang tergesa-gesa.
Datuk Maharaja Lela berbangga dengan kejayaan pengikutnya membunuh Residen Birch. Surat-surat yang dibawa oleh Mat Arshad dikumpul dan dibakar. Datuk Maharaja Lela menggesa penduduk agar kawalan diketatkan kerana penjajah akan menuntut bela di atas kematian Residen Birch. Penduduk bersetuju dan berjanji akan mempertahankan Pasir Salak


Folio Pasir Salak - Sinopsis Bab 7

Bab 7-Berita dari Bandar Bharu.
Apabila matahari terbenam, Deli menutup warungnya. Sebaik sahaja keluar dari warung , Mamat(abang saudaranya) berdiri di depannya. Deli gembira sekali dengan kedatangan Mamat dan menjemput Mamat pulang ke rumahnya.
Selepas mahgrib;Mamat,Deli dan Pak Itam ke rumah Datuk Maharaja Lela. Mamat disambut baik oleh Datuk Maharaja Lela. Mamat menjelaskan bahawa dia membawa berita penting tetapi berita itu kurang baik. Mamat pun menunjukkan surat kenyataan mengutip cukai bagi pihak Inggeris. Menurut Mamat lagi, surar-surat itu ditampal di Bandar Bharu siang tadi dan diiringi oleh tembakan meriam sebanyak dua puluh satu das. Esok atau lusa,Residen Birch dan orang-orangnya akan datang ke Pasir Salak untuk menampal surat itu.
Datuk Maharaja Lela marah apabila mendengar berita itu. Surat yang dibawa oleh Mamat itu dikoyak oleh Datuk Maharaja Lela lalu dicampak ke luar tingkap. Kertas-kertas itu kemudian dibakar.
Datuk Maharaja Lela berterima kasih kepada Mamat yang membawa berita itu. Malam itu,Mamat bermalam di rumah Deli. Sebelum itu, Mamat dibawa oleh Deli ke pondok kawalan berhampiran pangkalan.
Sementara itu, Datuk Maharaja Lela, Pak Itam, dan beberapa orang pengawal meronda di sekitar Kampung Pasir Salak.Berita megenai orang-orang Inggeris yang akan menampal surat kenyataan diberitahu kepada sesiapa sahaja yang mereka temui. Datuk Maharaja Lela  dan pengikut- pengikutnya sampai di pondok kawalan tempat Deli dan rakan-rakanya bertugas.
Kemudian Datuk Maharaja Lela mengajak Pak Itamke rumah Seputum kerana ada hal yang hendak dibincangkan. Mamat  mengagumi Datuk Maharaja Lela  yang bertanggungjawab.Mamat juga mengagumi Deli yang mahu mempertahankan Kampung Pasir Salak. Bagaimanapun, Mamat menyesali keadaan di Bandar Bharu yang kini penuh dengan surar-surat kenyataan yang ditampal oleh orang Inggeris dan orang Melayu yang menjadi tali barut Inggeris. Deli turut menceritakan mengenai Lamsah kepada Mamat. Lamsah pada mulanya baik tetapi sebenarnya dia menjadi tali barut penjajah. Deli menyesal kerana cepat mempercayai Lamsah.
Mamat menduga bahawa jika Inggeris datang ke Pasir Salak, peperanganakan berlaku. Deli memberitahu bahawa penduduk Pasir Salak tidak gentar akan Inggeris. Mamat kagum akan keberanian anak saudaranya itu.

Folio Pasir Salak - Sinopsis Bab 6

Bab 6-Api Dalam Sekam.
Suatu malam, Akub, Lamin, dan Deli,menuju ke rumah Datuk Maharaja Lela. Tidak lama selepas itu, mereka bertiga sampai di rumah Datuk Maharaja Lela dan mereka dapati sudah  ramai penduduk Kampung Pasir Salak berkumpul di situ. Lamsah juga ada di situ tetapi menyisihkan diri daripada orang ramai.
Lamsah,Akub, dan Deli berasa kurang senang dengan sikap Lamsah akhir-akhir ini. Lebih-lebih lagi setelah Deli terserempak dengan Lamsah di pinggir sungai beberapa hari lalu.
Datuk Maharaja Lela muncul di serambi bersama Pak Itam. Datuk Maharaja Lela mula berucap dan menjelaskan kepada penduduk kampung mengenai Residen Birch yang mengawal sultan dan menyuruh sultan menandatangani surat membenarkan orang Inggeris mengutip cukai di negeri itu. Mendengar penjelasan itu, orang kampung yang hadir berasa marah dan sepakat tidak akan membayar cukai kepada pihak Inggeris.
Datuk Maharaja Lela memberitahu bahawa lebih banyak kubu pertahanan akan dibina di kampung itu untuk menjag keselamatan kampung.
*****
Pagi itu, kerja-kerja membina kubu pertahanan mula dijalankan oleh penduduk kampung. Datuk Maharaja Lela, Pak Itam, Deli, Akub, dan Lamin meronda dari satu tempat ke satu tempat untuk memberi semangat kepada orang-orangnya agar bergotong-royong. Datuk Maharaja Lela gembira melihat kerjasama itu. Bagi Datuk Maharaja Lela, ketahanan kubu itu akan dapat menyelamatkan penduduk kampung daripada diserang. Datuk Maharaja Lela juga gembira melihat ketahanan kubu yang dibina oleh Deli, Akub dan Lamin.
Tidak lama selepas itu, Amat datang dan memberitahu bahawa ada sebuah pondok terbakar. Datuk Maharaja Lela bergegas ke tempat itu tetapi pondok itu sudah hangus. Wahab dan Ahad gagal menyelamatkan pondok itu  kerana api cepat membakar pondok itu.
Amat menjelaskan bahawa dia dan Lamsah mengawal di pondok itu. Apabila dia sakit perut, dia ke sungai dan apabila dia kembali, pondok itu terbakar. Datuk Maharaja Lela mengesyaki Lamsah yang terlibat membakar pondok itu. Sejak mula lagi, Datuk Maharaja Lela tidak begitu percaya pada Lamsah. Penduduk di situ ingin mencari Lamsah tetapi Datuk Maharaja Lela berpendapat sudah terlewat. Datuk Maharaja Lela mencadangkan agar sebuah pondok baru dibina.
Deli geram akan sikap Lamsah. Kalau dia tahu dari awal sikap Lamsah demikian rupa, tentu dibunuhnya Lamsah sejak dulu lagi.
Berita mengenai kebakaran pondok pengawal itu tersebar luas di kampung itu. Semua orang berasa geram dan marah.
Pada malam itu, Deli, Akub dan Lamin berjalan-jalan dan sampai di  pondokkawalan berhampiran pangkalan. Ahad bertugas di situ. Tiba-tiba, mereka mendengar bunyi air berkocak dari arah pangkalan. Mereka melihat dua orang di dalam perahu tetapi kedua-duanya meninggalkan pangkalan dan terus hilang dari pandangan mereka.

Folio Pasir Salak - Sinopsis Bab 5

Bab 5- Peristiwa di warung
Tiga orang  lelaki tiba di pangkalan Kampung Pasir Salak. Ketiga-tiga lelaki itu ialah wakil Residen Birch. Mereka bersoal-jawab dengan Deli dan meminta Deli membayar cukai kerana membuka warung di tanah jajahan Inggeris tetapi Deli enggan membayarnya. Lelaki berkumis tebal berasa marah dan dia menungkit mengenai peristiwa pondok Inggeris yang dibakar. Lamin masuk campur dan menegaskan bahawa penduduk tidak akan membayar cukai kepada Inggeris.
Lelaki berkumis tebal hilang sabarn menendang bangku kayu warung Deli. Deli menerajang lelaki itu sehingga jatuh terguling. Lamin dan Akub membuka langkah silat untuk menghadapi dua orang lagi.
Ketika itu, dua buah perahu jalur sampai di pangkalan. Empat orang pemuda datang dan membantu Deli, Lamin,Akub. Akhirnya, ketiga-tiga lelaki itu berjaya ditangkap. Mereka ingin memukul ketiga-tiga lelaki itu tetapi ditegah oleh seorang lelaki tua. Lelaki tua itu menyuruh mereka menyerahkan ketiga-tiga lelaki itu kepada Datuk Maharaja Lela sahaja.
Kemudian ketiga-tiga lelaki itu dibawa ke rumah Datuk Maharaja Lela. Datuk Maharaja Lela marah akan ketiga-tiga lelaki itu kerana mereka sanggup menjadi ‘anjing Inggeris’. Datuk Maharaja Lela membebaskan ketiga-tiga lelaki itu dan Datuk Maharaja Lela menyuruh ketiga-tiga lelaki itu memberitahu Residen Birch bahawapenduduk Pasir Salak tidak akan membayar cukai kepada Inggeris.
Datuk Maharaja Lela menyeru agar penduduk Pasir Salak mengawal kampung dengan lebih ketat. Penduduk Pasir Salak berjanji akan mempertahankan Pasir Salak.
*****
Pak Wan duduk di bangku kayu bulat di dalam pondok. Deli berbual-bual sekejap dengan Pak Wan. Tidak lama kemudian, Lamin dan Akub datang. Mereka bertukar-tukar membuat rondaan dan kawalan. Tiba-tiba,Deli dan Pak Wan mendengar suara orang bercakap. Pak Wan mengamati suara yang datang dari arah sungai itu.
Akhirnya, Lamsah muncul dari celah-celah pokok senduduk. Lamsah memberitahu dia seorang sahaja walaupun Deli mengesyaki Lamsah bersama orang lain.
Deli mencurigai Lamsah.


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...