Thursday, May 20, 2010

Kemahiran Menulis

ASSALAMUALAIKUM
MARI MENDEKATI KEMAHIRAN MENULIS BERSAMA-SAMA DENGAN SAYA
DATIN MARIAM BINTI MEHAD
SM SAINS SULTAN HAJI AHMAD SHAH KUANTAN
PAHANG

KEMAHIRAN MENULIS ( KM )
 Kemahiran aras tinggi selepas mendengar, bertutur dan membaca.
Peringkat menengah atas, kemahiran menulis jelas dalam Huraian Sukatan Pelajaran.



OBJEKTIF KM TINGKATAN 4
 Pelajar dapat menghasilkan penulisan kreatif dengan menggunakan kata, istilah, frasa, ungkapan dan ayat yang betul dan gramatis. Ceraian (viii)


OBJEKTIF KM TINGKATAN 5
 Pelajar dapat menghasilkan penulisan kreatif dan bukan kreatif menggunakan bahasa yang gramatis dan laras yang tepat serta memperlihatkan pertautan idea dan wacana yang kemas. Ceraian (viii)



JENIS KARANGAN BUKAN KREATIF
 Syarahan
 Ceramah/Ucapan
Perbahasan
 Rencana
 Laporan
 Wawancara/Dialog
Perbincangan
 Surat
 Surat Tidak Rasmi
 Berita
 Penerangan Fakta
 Komentar
 Minit Mesyuarat
 Ulasan/Kritikan



JENIS KARANGAN KREATIF
 Cerpen
 Skrip Drama
 Sketsa
 Cerita berdasarkan peribahasa



BAGI PERINGKAT MENENGAH ATAS ( TINGKATAN 4 DAN 5 )
EMPAT PELUASAN PERLU DIBERI PENEKANAN
1.Bahasa yang gramatis
 Tatabahasa Dewan
 Daftar Ejaan Rumi
 Kamus Dewan terkini

2.Laras yang tepat
 Variasi bahasa
 Bahasa klasik, bahasa istana, bahasa perundangan

3.Pertautan idea
 Perhubungan yang erat ( kohesi )
 Kejelekitan
 Kesinambungan antara satu ayat dengan ayat yang berikut ( koheren )

4.Wacana yang kemas
 Sebuah karangan yang lengkap
 Terdiri daripada perenggan pendahuluan, perenggan isi dan perenggan penutup





PERTAUTAN IDEA DARI SEGI


1. PERTAUTAN NAHUAN

2. PERTAUTAN LEKSIKAL


3. WACANA YANG KEMAS IAITU
“ Satuan bahasa yang lengkap dan bukan hanya susunan kata atau kalimat”
                                                                               -Harimurti Kridalaksana, 1978

WACANA YANG KEMAS JUGA BERMAKSUD
“ Satuan bahasa yang terlengkap dan tertinggi atau terbesar dengan koherensi dan kohesi yang tinggi, berkesinambungan awal dan akhir serta disampaikan secara lisan atau bertulis”
                                                                                             -Taringan, 1987

WACANA YANG KEMAS JUGA BERMAKSUD
“ Satu kesatuan perenggan-perenggan, setiap perenggan berfokus kepada satu isi. Setiap ayat bertautan antara satu sama lain. Pertautan membawa kesinambungan yang logik antara satu ayat dengan ayat yang berikutnya.Teks penulisan terbentuk sebagai satu satuan yang jitu”
                                                                            – Khatijah binti Abdul Hamid, 1996





PENGEMBANGAN ISI DALAM PERENGGAN
TIGA PILIHAN PERENGGAN :

 Perenggan Deduktif

- ayat topik diikuti oleh ayat huraian

 Perenggan Induktif
- ayat huraian diikuti oleh ayat topik


 Perenggan Deduktif-Induktif
- ayat topik -> ayat huraian -> ayat simpul





SOALAN CONTOH

Usaha menangani kemelut ekonomi menuntut komitmen dan pengorbanan semua pihak terutamanya institusi keluarga.
Berikan pendapat anda tentang usaha-usaha yang patut dilaksanakan secara berterusan oleh anggota keluarga untuk menangani masalah yang melanda negara kini.



FOKUS SOALAN
Cara atau usaha-usaha anggota keluarga ( ibu, bapa dan anak-anak ) untuk menangani masalah yang melanda negara kini (kemelut ekonomi).





RANGKA KESELURUHAN
Pendahuluan Ayat Rangsangan
Ayat Fokus
Ayat Arah
Perenggan Isi Usaha 1 : Menabung
Perenggan Isi Usaha 2 : Merancang perbelanjaan
Perenggan Isi Usaha 3 : Mencari sumber kewangan baru
Perenggan Isi Usaha 4 : Mengelakkan pembaziran
Perenggan Isi Usaha 5 : Memantapkan disiplin keluarga
Penutup Pendirian, pandangan, harapan





JENIS-JENIS PENDAHULUAN
PENGEMBANGAN ISI
Untuk mengembangkan isi, cubalah guna formula atau rumus amalan saya.
FORMULA / RUMUS PENGEMBANGAN ISI
ATAH (5W 1H 1I) ACAS pb
AT ( Ayat Topik ) Isi utama
AH ( Ayat Huraian ) apa, siapa, bila, di mana, mengapa
( 5W ), bagaimana (1H) dan sekiranya (1I)
AC ( Ayat Contoh ) Contoh yang berkaitan dengan isi
AS ( Ayat Simpul ) Penutup perenggan

1I ( SEKIRANYA )



 Merujuk kepada KBKK
- Kaitan atau perhubungan
- Membanding atau membeza
- Meramal
- pb merujuk kepada peribahasa





CONTOH APLIKASI RUMUS
 Menabung

(AT) Menabung merupakan aktiviti tradisi yang kita warisi sejak zaman nenek moyang lagi tetapi caranya sahaja yang berbeza.
(AH 1) Aktiviti ini perlulah dihidupsuburkan bagi menghadapi kemelut ekonomi yang melanda negara. (Apa yang harus dilakukan ?)
(AH 2) Kita pasti berasa terjamin terutama sekali pada masa kecemasan sekiranya tabungan sudah memadai.
( Mengapa? )

(AH 3) Sementara itu, menabung tiga puluh peratus daripada pendapatan sangatlah digalakkan kerana jumlah ini dianggap berpatutan. ( Bagaimana ?)
(AH 4) Kita semua tentu sependapat bahawa kepentingan menabung perlu ditekankan kepada setiap anggota keluarga sejak zaman kanak-kanak lagi. ( Bila ?)
(AH 5) Pelbagai bentuk tabung telah direka dan ditawarkan oleh bank-bank atau institusi kewangan untuk menarik perhatian kanak-kanak menabung.
( Siapa ? )

(AH 6) Sekiranya setiap anggota keluarga memberikan komitmen yang tinggi terhadap aktiviti menabung, tentulah kemelut ekonomi akan dapat diatasi. ( Sekiranya )
(AC) Sebagai contoh, kita boleh menyimpan di bank dalam bentuk simpanan tetap, simpanan semasa atau melabur dalam dana tertentu. ( Di mana ? )
(AS) Jadi, pepatah nenek moyang kita yang berbunyi beringat sebelum kena, berjimat sebelum habis patutlah dijadikan amalan hidup dan pegangan yang berterusan.(Sisipan peribahasa)




CONTOH APLIKASI RUMUS
 Merancang perbelanjaanl
(AT) Jika selama ini kita berbelanja mengikut cita rasa dan selera masing-masing, sudah tiba masanya untuk setiap anggota keluarga merancang perbelanjaan sewajarnya.
(AH 1) Perkara pertama yang patut dilakukan ialah mewujudkan buku catatan perbelanjaan peribadi untuk merekodkan setiap pengeluaran wang. ( Apa yang patut dilakukan ? )
(AH 2) Dalam buku tersebut akan dicatatkan apa-apa sahaja barang yang perlu dibeli pada setiap hari, minggu atau bulan dengan harganya sekali. ( Bila ? )
(AH 3) Selepas menjumlahkan perbelanjaan, sudah pasti kita akan saling mengingat semua anggota keluarga agar berjimat cermat dan memikirkan kemampuan keluarga. ( Bagaimana ? )
(AH 4) Sebenarnya , kenaikan harga barangan utama kini memaksa setiap anggota keluarga merancang dan mengatur perbelanjaan dengan cara yang bijaksana.(Bagaimana?)
(AH 5) Seandainya amalan menyenarai barangan keperluan yang patut dibeli dilaksanakan setiap kali membeli-belah, tentulah masalah berbelanja melebihi kemampuan dapat dielakkan. (Sekiranya )
(AC) Bagi ketua keluarga, misalnya utamakanlah barang makanan, ubat-ubatan dan buku-buku pendidikan yang menjadi keperluan asas setiap keluarga.
(AS) Dengan cara demikian, tentulah jumlah perbelanjaan dapat kita aturkan dan wang selebihnya dapatlah disimpan sebagai tabungan kerana kata peribahasa sedikit-sedikit lama-lama jadi bukit.




PERKARA PENTING YANG PERLU DIBERI PERHATIAN DALAM PENGEMBANGAN ISI KARANGAN CEMERLANG IALAH :


ISI CUKUP DAN BERKEMBANG
 SEKURANG-KURANGNYA 3 ISI SEBAIK-BAIKNYA 5 ISI
 GUNAKAN FORMULA YANG DICADANGKAN
n

ATAH (5W + 1H + I ) ACAS pb
SUSUN ISI IKUT KEUTAMAAN
 BERIKAN CONTOH ATAU BUKTI
 PERENGGAN SEIMBANG
 ADA UNSUR KEMATANGAN ( KBKK )
 SATU ISI SATU PERENGGAN
n




KESIMPULAN
Pengembangan perenggan isi perlu dipelajari secara sistematis.
- Proses yang tersembunyi perlu dizahirkan.
- Konsep kohesi dan koheren perlu ditekankan.
- Formula atau rumus hanyalah kreativiti untuk memudahkan pelajar mengingat langkah-langkah pengembangan isi agar huraian menjadi jelas.

PENUTUP KARANGAN
 Penutup karangan merupakan rumusan keseluruhan atau kesimpulan terhadap isi-isi yang telah dikemukakan terdahulu. Jadi, pelajar-pelajar diingatkan supaya tidak mengulangi isi-isi yang telah dibincangkan.

 Bahagian ini juga menjadi ruang pengukuh bicara dan pengunci pendirian pelajar terhadap isu yang telah dibincangkan. Penanda wacana yang sesuai hendaklah digunakan untuk memberi gambaran bahawa karangan sudah tiba ke penghujung.
 Peribahasa, sedutan kata pujangga atau puisi yang sesuai juga boleh digunakan untuk mengindahkan kesimpulan dan memberi kesan. Ramalan, bayangan masa hadapan atau soalan yang mencabar daya fikir pembaca juga boleh diutarakan. Pastikan perenggan penutup ditulis dalam satu perenggan yang hampir seimbang dengan perenggan terdahulu iaitu antara lima hingga tujuh ayat.


SEKIAN


SELAMAT MENULIS
TERIMA KASIH

Wednesday, May 19, 2010

Folio Pasir Salak - Soalan PMR


Ø Soalan PMR

ü Soalan
Berdasarkan novel yang telah anda kaji,huraikan dua persoalan yang terkandung dalam novel tersebut.


ü Jawapan
       Novel Pasir Salak yang saya kaji mengemukakan pelbagai persoalan. Antara persoalannya termasuklah tenaga dan semangat orang muda penting dalam perjuangan mempertahankan negara. Dalam hal ini,Deli dan rakan-rakannya bersemangat tinggi untuk mempertahankan Pasir Salak daripada dikuasai Inggeris.
       Selain itu,terdapat persoalan tentang pembelotan penduduk tempatan terhadap bangsannya sendiri. Lamsah,seorang penduduk tempatan, telah membelot dengan menjadi tali barut Inggeris. Pembelotannya itu telah mendatangkan musibah kepada dirinya kerana dia telah terbunuh dalam pertempuran itu. Bandar Tua. Dalam pertempuran itu,Lamsah telah berpihak kepada orang Inggeris untuk menyerang Kampung Pasir Salak.

Folio Pasir Salak - Gaya Bahasa


§  Gaya bahasa
·       Aspek Bahasa/Unsur Bahasa
·       Contoh
Peribahasa
Tali barut
Besar diri
Metafora
Api kemarahan
Api semangat
Personifikasi
Angin yang menyerbu sekali-sekala
Panasnya masih terik menikam badan
Hiperbola
Matanya yang seolah-olah berapi

Folio Pasir Salak - Sinopsis Bab 9

Bab 9-Tiba Masanya.
Suasana di Pasir salak semakin tegang. Datuk Maharaja Lela mengarah supaya semua orang bersiap sedia dan mengukuhkan kubu pertahana. Semua lelaki berkawal siang dan malam dengan bersenjata.
Ketika matahari hampir tegak di atas kepala, Lamin, Akub, dan Deli pulang dari Bandar Tua setelah membantu membuat kubu pertahanan. Kubu pertahanan Bandar dibina agak besar dan kukuh. Akub agak hairan mengapa kubu itu dibina sedemikian rupa, tetapi menurut kata Deli, untuk  menyerang Pasir Salak, penjajah terpaksa menempuh Bandar Tua terlebih dahulu. Barulah Akub faham kedudukan sebenarnya.
Apabila mereka sampai di warung, mereka dapati ramai orang sedang  berkumpul di situ. Di tengah sungai, kelihatan  beberapa buah perahu yang  dinaiki oleh orang-orang  suruahan  Inggeris dan askar sipahi sedang  mencari mayat Residen Birch tidak akan ditemui.
Datuk Maharaja Lela tiba di tempat itu dan menasihatkan orang ramai supaya jangan terlalu ramai berkumpul di situ sebaliknya meneruskan kerja mengawal kampung. Datuk Maharaja Lela percaya askar-askar itu tidak akan naik ke darat memandangkan bilangan mereka sedikit.
*****
Malam itu cuaca agak gelap. Lamin, Deli dan Akub berkawal di sebuah pondok. Jamung digunakan oleh mereka untuk menerangkan sedikit tempat itu. Ahad datang ke situ dan turut bersama mereka. Tidak lama kemudian, mereka melihat cahaya api jamung ke arah mereka dalam keadaan terburu-buru.Mereka menjadi gembira kerana abang saudara Deli, Mamat yang datang ke tempat itu. Mamat datang dengan membawa berita bahawa orang Inggeris akan menyerang  Pasir Salak. Deli pun membawa Mamat ke rumah Datuk Maharaja Lela. Ketika sampai di rumah Datuk Maharaja Lela, Datuk Maharaja Lela sedang berbincang sesuatu dengan Pak Itam dan Datuk Sagor, Penghulu Kampung  Gajah. Mamat memberitahu Datuk Maharaja Lela bahawa Inggeris akan dibantu oleh askar dan mata-mata Pulau Pinang; Nahkoda Orlong dan Raja Mahmud di Selangor.  Datuk Maharaja Lela tidak takut akan serangan itu. Deli dan orang ramai yang ada di situ kagum akan keberanian Datuk Maharaja Lela itu. Datuk Sagor juga berjanji akan membantu Datuk Maharaja Lela.

Berita yang dibawa oleh Mamat itu diketahui oleh seluruh penduduk kampung. Pemuda-pemuda yang lengkap bersenjata pun datang ke rumah Datuk Maharaja Lela. Datuk Maharaja Lela menjelaskan kedudukan sebenar kepada penduduk kampung yang datang ke rumahnya. Datuk Maharaja Lela mahu kampung itu dipertahankan dan musuh mesti dilawan. Tentang senjata, walaupun Inggeris ada senjata moden, tetapi Datuk Maharaja Lela tidak gentar. Penduduk kampung mempunyai bedil pemuras dan leta rentaka. Ucapan Datuk Maharaja Lela yang

Folio Pasir Salak - Sinopsis Bab 8

Bab 8-Pasir Salak Berdarah.
Pada 1 November 1875, tiga buah perahu dan sebuah rumah rakit berlabuh di tengah sungai setentangan dengan pangkalan di Pasir Salak. Datuk Maharaja Lela dan pengikut-pengikutnya melihat keadaan itu dari jauh. Datuk Maharaja Lela meng arah pengikut-pengikutnya supaya tidak terburu-buru. Lagipun ketiga-tiga perahu itu tidak menghampiri tebing.
Datuk Maharaja Lela pulang diikuti oleh beberapa orang tua-tua. Pak Itam dan beberapa orang kampung masih mengawasi ketiga-tiga perahu dan rumah rakit itu. Ada yang mempertikaikan kenapa mereka tidak boleh bertindak terhadap perahu-perahu itu tetapi Pak Itam menasihatkan agar pesanan Datuk Maharaja Lela dipatuhi.
Hampir pukul lima pagi,barulah ketiga-tiga buah perahu dan rumah rakit itu mula bergerak ke tebing. Mereka yang menunggu di tebing sudah mula gelisah dan ada yang mula mengeluarkan senjata. Pak Itam menasihatkan agar jangan bertindak terlebih dahulu.
Pagi 2 November 1875, tiga buah perahu dan sebuah rumah rakit rapat ke tebing bertentang ke kedai emas. Penduduk Pasir Salak memerhatikan sahaja perahu-perahu dan rumah rakit itu. Mereka tidak berbuat apa-apa kerana mematuhi pesanan Datuk Maharaja Lela.
Dari atas perahu itu, beberapa orang askar sipahi turun bersenjatakan senapang. Seorang anak muda Melayu  iaitu Mat Arshad juga turun.    Sementara itu, Deli ternampak Lamsah. Akub marah dan ingin bertindak terhadap Lamsah tetapi Deli menegah.
Sebaik sahaja sampai di tebing, Mat Arshad memberitahu orang ramai bahawa dia ingin berjumpa dengan Datuk Maharaja Lela. Askar-askar sipahi mengiringi Lamsah dan Mat Arshad ke rumah Datuk Maharaja Lela. Akub dan Lamin serta beberapa orang permuda turut mengekori mereka ke rumah Datuk Maharaja Lela.
Datuk Maharaja Lela menyambut kedatangan adalah untuk memberitahu bahawa Residen Birch ingin berjumpa Datuk Maharaja Lela. Residen Birch di sungai ketika itu. Datuk Maharaja Lela enggan pergi sebaliknya Residen Birchlah yang patut datang menemui Datuk Maharaja Lela. Datuk Maharaja Lela sempat bertanya tujuan Residen Birch datang ke Pasir Salak. Mat Arshad menjelaskan bahawa Residen Birch ingin menampal surat kenyataan cukai mengenai cukai. Datuk Maharaja Lela melenting dan memberitahu bahawa beliau enggan menurut arahan Residen Birch itu. Datuk Maharaja Lela menyuruh mereka balik sahaja dan memberitahu perkara itu kepada Residen Birch.
Sebelum mereka beredar, Datuk Maharaja Lela dan Deli sempat menyindir Lamsah. Deli juga mahu bertindak terhadap Lamsah tetapi ditegah oleh Datuk Maharaja Lela. Apabila orang-orang Inggeris itu bergerak, Datuk Maharaja Lela menyuruh orang-orangnya ke singai iaitu tempat Residen Birch dan orang-orangnya berlabuh. Sekiranya ada sebarang surat ditampal, surat itu mesti dikoyak. Datuk Maharaja Lela sempat berkata sesuatu kepada Seputum dan Pandak Endut kemudian kedua-duanya berlari ke sungai.
Sementara itu, sesampai sahaja di rumah rakit, Mat Arshad menjelaskan kepada Residen Birch enggan datang. Residen Birch menyuruh Mat Arshad menampal surat-surat itu. Walaupun tidak dibenarkan oleh Datuk Maharaja Lela, Residen Birch berani menyuruh berbuat demikian kerana telah diberi kuasa oleh sultan untuk mengutip cukai di situ.
Selepas itu, berlaku kekecohan antara Mat Arshad dan orang kampung. Mat Arshad ditikam oleh Pandak Endut. Kekecohan itu membuatkan Residen Birch menjengah keluardari rumah rakit dan terjun ke sungai setelah melihat beberapa bilah lembing melayang ke arahnya.lm juga terjun ke sungai untuk menyelematkan diri. Askar-askar sipahi dan tukang dayung naik ke perahu dan melarikan diri.
Seputum pula naik ke atas rumah rakit dan menunggu Lamsah dan Residen Birch timbul di permukaan air. Tidak lama kemudian, Residen Birch muncul di permukaan dan Seputum terus menetaknya. Air sungai menjadi merah bercampur darah. Seputum menjerit kegembiraan kerana berjaya membunuh Residen Birch. Seputum menunggu Lamsah muncul tetapi Lamsah tidak muncul di permukaan. Deli,Akub,dan Lamin turut menunggu kemunculan Lamsah untuk membalas dendam. Mereka cepat-cepat ke tebing iaitu ke arah hilir tetapi Lamsah tidak ditemui juga.
Apabila sudah lama menungu dan tidak menemui Lamsah, mereka pun balik. Sementara itu, tukang dayung disuruh membawa mayat Mat Arshad ke Bandar Bharu di samping memberitahu tentang kematian Residen Birch dan Lamsah. Kedua-dua penday6ung itu pun pulang tergesa-gesa.
Datuk Maharaja Lela berbangga dengan kejayaan pengikutnya membunuh Residen Birch. Surat-surat yang dibawa oleh Mat Arshad dikumpul dan dibakar. Datuk Maharaja Lela menggesa penduduk agar kawalan diketatkan kerana penjajah akan menuntut bela di atas kematian Residen Birch. Penduduk bersetuju dan berjanji akan mempertahankan Pasir Salak


Folio Pasir Salak - Sinopsis Bab 7

Bab 7-Berita dari Bandar Bharu.
Apabila matahari terbenam, Deli menutup warungnya. Sebaik sahaja keluar dari warung , Mamat(abang saudaranya) berdiri di depannya. Deli gembira sekali dengan kedatangan Mamat dan menjemput Mamat pulang ke rumahnya.
Selepas mahgrib;Mamat,Deli dan Pak Itam ke rumah Datuk Maharaja Lela. Mamat disambut baik oleh Datuk Maharaja Lela. Mamat menjelaskan bahawa dia membawa berita penting tetapi berita itu kurang baik. Mamat pun menunjukkan surat kenyataan mengutip cukai bagi pihak Inggeris. Menurut Mamat lagi, surar-surat itu ditampal di Bandar Bharu siang tadi dan diiringi oleh tembakan meriam sebanyak dua puluh satu das. Esok atau lusa,Residen Birch dan orang-orangnya akan datang ke Pasir Salak untuk menampal surat itu.
Datuk Maharaja Lela marah apabila mendengar berita itu. Surat yang dibawa oleh Mamat itu dikoyak oleh Datuk Maharaja Lela lalu dicampak ke luar tingkap. Kertas-kertas itu kemudian dibakar.
Datuk Maharaja Lela berterima kasih kepada Mamat yang membawa berita itu. Malam itu,Mamat bermalam di rumah Deli. Sebelum itu, Mamat dibawa oleh Deli ke pondok kawalan berhampiran pangkalan.
Sementara itu, Datuk Maharaja Lela, Pak Itam, dan beberapa orang pengawal meronda di sekitar Kampung Pasir Salak.Berita megenai orang-orang Inggeris yang akan menampal surat kenyataan diberitahu kepada sesiapa sahaja yang mereka temui. Datuk Maharaja Lela  dan pengikut- pengikutnya sampai di pondok kawalan tempat Deli dan rakan-rakanya bertugas.
Kemudian Datuk Maharaja Lela mengajak Pak Itamke rumah Seputum kerana ada hal yang hendak dibincangkan. Mamat  mengagumi Datuk Maharaja Lela  yang bertanggungjawab.Mamat juga mengagumi Deli yang mahu mempertahankan Kampung Pasir Salak. Bagaimanapun, Mamat menyesali keadaan di Bandar Bharu yang kini penuh dengan surar-surat kenyataan yang ditampal oleh orang Inggeris dan orang Melayu yang menjadi tali barut Inggeris. Deli turut menceritakan mengenai Lamsah kepada Mamat. Lamsah pada mulanya baik tetapi sebenarnya dia menjadi tali barut penjajah. Deli menyesal kerana cepat mempercayai Lamsah.
Mamat menduga bahawa jika Inggeris datang ke Pasir Salak, peperanganakan berlaku. Deli memberitahu bahawa penduduk Pasir Salak tidak gentar akan Inggeris. Mamat kagum akan keberanian anak saudaranya itu.

Folio Pasir Salak - Sinopsis Bab 6

Bab 6-Api Dalam Sekam.
Suatu malam, Akub, Lamin, dan Deli,menuju ke rumah Datuk Maharaja Lela. Tidak lama selepas itu, mereka bertiga sampai di rumah Datuk Maharaja Lela dan mereka dapati sudah  ramai penduduk Kampung Pasir Salak berkumpul di situ. Lamsah juga ada di situ tetapi menyisihkan diri daripada orang ramai.
Lamsah,Akub, dan Deli berasa kurang senang dengan sikap Lamsah akhir-akhir ini. Lebih-lebih lagi setelah Deli terserempak dengan Lamsah di pinggir sungai beberapa hari lalu.
Datuk Maharaja Lela muncul di serambi bersama Pak Itam. Datuk Maharaja Lela mula berucap dan menjelaskan kepada penduduk kampung mengenai Residen Birch yang mengawal sultan dan menyuruh sultan menandatangani surat membenarkan orang Inggeris mengutip cukai di negeri itu. Mendengar penjelasan itu, orang kampung yang hadir berasa marah dan sepakat tidak akan membayar cukai kepada pihak Inggeris.
Datuk Maharaja Lela memberitahu bahawa lebih banyak kubu pertahanan akan dibina di kampung itu untuk menjag keselamatan kampung.
*****
Pagi itu, kerja-kerja membina kubu pertahanan mula dijalankan oleh penduduk kampung. Datuk Maharaja Lela, Pak Itam, Deli, Akub, dan Lamin meronda dari satu tempat ke satu tempat untuk memberi semangat kepada orang-orangnya agar bergotong-royong. Datuk Maharaja Lela gembira melihat kerjasama itu. Bagi Datuk Maharaja Lela, ketahanan kubu itu akan dapat menyelamatkan penduduk kampung daripada diserang. Datuk Maharaja Lela juga gembira melihat ketahanan kubu yang dibina oleh Deli, Akub dan Lamin.
Tidak lama selepas itu, Amat datang dan memberitahu bahawa ada sebuah pondok terbakar. Datuk Maharaja Lela bergegas ke tempat itu tetapi pondok itu sudah hangus. Wahab dan Ahad gagal menyelamatkan pondok itu  kerana api cepat membakar pondok itu.
Amat menjelaskan bahawa dia dan Lamsah mengawal di pondok itu. Apabila dia sakit perut, dia ke sungai dan apabila dia kembali, pondok itu terbakar. Datuk Maharaja Lela mengesyaki Lamsah yang terlibat membakar pondok itu. Sejak mula lagi, Datuk Maharaja Lela tidak begitu percaya pada Lamsah. Penduduk di situ ingin mencari Lamsah tetapi Datuk Maharaja Lela berpendapat sudah terlewat. Datuk Maharaja Lela mencadangkan agar sebuah pondok baru dibina.
Deli geram akan sikap Lamsah. Kalau dia tahu dari awal sikap Lamsah demikian rupa, tentu dibunuhnya Lamsah sejak dulu lagi.
Berita mengenai kebakaran pondok pengawal itu tersebar luas di kampung itu. Semua orang berasa geram dan marah.
Pada malam itu, Deli, Akub dan Lamin berjalan-jalan dan sampai di  pondokkawalan berhampiran pangkalan. Ahad bertugas di situ. Tiba-tiba, mereka mendengar bunyi air berkocak dari arah pangkalan. Mereka melihat dua orang di dalam perahu tetapi kedua-duanya meninggalkan pangkalan dan terus hilang dari pandangan mereka.

Folio Pasir Salak - Sinopsis Bab 5

Bab 5- Peristiwa di warung
Tiga orang  lelaki tiba di pangkalan Kampung Pasir Salak. Ketiga-tiga lelaki itu ialah wakil Residen Birch. Mereka bersoal-jawab dengan Deli dan meminta Deli membayar cukai kerana membuka warung di tanah jajahan Inggeris tetapi Deli enggan membayarnya. Lelaki berkumis tebal berasa marah dan dia menungkit mengenai peristiwa pondok Inggeris yang dibakar. Lamin masuk campur dan menegaskan bahawa penduduk tidak akan membayar cukai kepada Inggeris.
Lelaki berkumis tebal hilang sabarn menendang bangku kayu warung Deli. Deli menerajang lelaki itu sehingga jatuh terguling. Lamin dan Akub membuka langkah silat untuk menghadapi dua orang lagi.
Ketika itu, dua buah perahu jalur sampai di pangkalan. Empat orang pemuda datang dan membantu Deli, Lamin,Akub. Akhirnya, ketiga-tiga lelaki itu berjaya ditangkap. Mereka ingin memukul ketiga-tiga lelaki itu tetapi ditegah oleh seorang lelaki tua. Lelaki tua itu menyuruh mereka menyerahkan ketiga-tiga lelaki itu kepada Datuk Maharaja Lela sahaja.
Kemudian ketiga-tiga lelaki itu dibawa ke rumah Datuk Maharaja Lela. Datuk Maharaja Lela marah akan ketiga-tiga lelaki itu kerana mereka sanggup menjadi ‘anjing Inggeris’. Datuk Maharaja Lela membebaskan ketiga-tiga lelaki itu dan Datuk Maharaja Lela menyuruh ketiga-tiga lelaki itu memberitahu Residen Birch bahawapenduduk Pasir Salak tidak akan membayar cukai kepada Inggeris.
Datuk Maharaja Lela menyeru agar penduduk Pasir Salak mengawal kampung dengan lebih ketat. Penduduk Pasir Salak berjanji akan mempertahankan Pasir Salak.
*****
Pak Wan duduk di bangku kayu bulat di dalam pondok. Deli berbual-bual sekejap dengan Pak Wan. Tidak lama kemudian, Lamin dan Akub datang. Mereka bertukar-tukar membuat rondaan dan kawalan. Tiba-tiba,Deli dan Pak Wan mendengar suara orang bercakap. Pak Wan mengamati suara yang datang dari arah sungai itu.
Akhirnya, Lamsah muncul dari celah-celah pokok senduduk. Lamsah memberitahu dia seorang sahaja walaupun Deli mengesyaki Lamsah bersama orang lain.
Deli mencurigai Lamsah.


Folio Pasir Salak - Sinopsis Bab 4

Bab 4- Orang dari Luar.
Pak Wan,Deli,Akub dan Lamin pergi ke tebing sungai dan melihat seorang lelaki berpaut pada kayu bakau tambatan perahu. Lelaki itu dalam keadaan menyedihkan dan meminta tolong. Deli, Akub,Lamin, dan Pak Wan menolong lelaki itu dengan menganakatnya ke tebing.
Lelaki itu bernama Lamsah dan usianya lebih kurang dua puluh lima tahun. Dia dipukul dan ada kesan-kesan lebam pada mukanya. Dia dirawat dengan sewajarnyaoleh Deli, Lamin, Akub, dan Pak Wan. Lamsah dari Kota Lumut dan hendak pulang ke Pulau Tiga tetapi dia telah ditahan di Bandar Bharu ketika membawa buah-buahan. Dia dipukul kerana enggan membayar cukai.
Datuk Maharaja Lela sampai di situ dan bersoal-jawab dengan Lamsah. Datuk Maharaja Lela agak curiga pada Lamsah. Bagaimanapun, apabila Lamsah meminta kebenaran untuk tinggal sehari dua di Pasir Salak, Datuk Maharaja Lela membenarkan.
*****
Lamsah gembira kerana dibenarkan tinggal buat sementara waktu di kampung itu. Apabila tinggal di situ beberapa har, Lamsah memuji penduduk kampung itu yang baik hati.
Akhirnya Lamsah mengambil keputusan untuk terus tinggal di kampung itu. Alasannya ialah dia berasa gembira dengan keadaan hidup di kampung itu seperti amalan gotong-royong   terutamanya ketika membuat pondok kawalan dan mengawal kampung. Lamsah juga bersemangat dan ingin berjuang bersama-sama penduduk kampung itu untuk menetang penjajah.
Deli gembira dengan semangat yang Lamsah itu. Hari itu Lamsah menolong Deli memetik tiga biji kelapa muda dan dia minum air kelapa itu bersama-sama Lamsah.
Lamsah bertanyakan Deli mengenai keadaan rumah Datuk Maharaja Lela sama ada terdapat pengawal atau tidak. Apabila Deli bertanya tujuan Lamsah bertanya begitu, Lamin, Lamsah tidak memberitahu Deli.
Lamsah juga diberitahu oleh Deli bahawa pondok yang dibina oleh orang Inggeris di kampung itu telah dibakar oleh penduduk kampung yang diketuai oleh Datuk Maharaja Lela.
Lamsah memuji keberanian Datuk Maharaja Lela itu.
Pak itam datang dan menyuruh Deli mengganti emaknya menjaga warung. Pak Itam ingin ke rumah Datuk Maharaja Lela. Lamsah ingin tahu tujuan Pak Itam ke rumah Datuk Maharaja Lela tetapi Deli tidak tahu.
Deli dan Lamsah berpisah pada hari itu apabila Deli ke warung dan Lamsah pulang ke rumah.


Folio Pasir Salak - Sinopsis Bab 3

Bab 3-Suara Dari Sungai.
Penduduk Kampung Pasir Salak berkumpul di rumah Datuk Maharaja Lela. Deli,Lamin dan Akub juga datang dan duduk di bahagian belakang untuk mendengar  ucapan daripada Datuk Maharaja Lela. Suasana di halaman rumah Datuk Maharaja Lela riuh-rendah oleh orang ramai yang berkumpul itu.
Suasana tiba-tiba menjadi apabila Datuk Maharaja Lela muncul. Dalam ucapanya, Datuk Maharaja Lela meningatkan penduduk agar berwaspada setelah pondok orang putih dimusnahkan. Datuk Maharaja Lela beranggapan orang Inggeris akan membalas dendam. Datuk Maharaja Lela menasihatkan agar penduduk menbuat lebih banyak pondok kawalan dan orang kampung terpaksa bertugas secara bergilir-gilir. Penduduk luar juga mesti diawasi kalau-kalau mereka ‘’anjing orang putih” yang mahu menyiasat.
Penduduk kampung bersemangat apabila mendengar ucapan Datuk Maharaja Lela   itu. Malah mereka ingin menpertahankan Pasir Salak daripada serangan dan ancaman musuh.
Selepas selesai membuat ucapan, penduduk kampung pun pulang kecuali anak-anak muda yang hendak berlatih silat. Antaranya ialah Deli, Akub dan Lamin. Pada malam itu, mereka bertiga bersumpah mahu berjuang menentang orang putih. Datuk Maharaja Lela gembira apabila mendengar sumpah ketiga-tiga anak muda itu. Malam itu, mereka dilatih bersilat oleh Pak Itam  dan pembantu-pembantunya.
*****
Pagi itu, Deli, Akub, Lamin dan Pak Wan membina sebuah pondok di pinggir Sungai Perak. Apabila siap mengatap pondok itu, Pak Wan berehat sebentar di pangkal pokok kemudian menyambung semula kerja-kerjanya dengan dibantu oleh Lamin, Akub dan Deli. Pondok itu siap dibina sebelum tengah hari.
Pak Wan gembira bekerja bersama- sama Lamin, Akub dan Deli kerana ketiga-tiga anak muda itu rajin dan kuat bekerja. Pak Wan teringat akan anaknya, Mat Nor yang sudah meninggal dunia setahun lalu kerana dipatuk ular. Kalau Mat Nor masih ada, tentu Mat Nor bersama- sama Deli dan rakan- rakannya yang lain bersatu tenaga mempertahankan Pasir Salak.
Sebelum mereka ke tempat lain pula, tiba-tiba mereka terdengar suara meminta tolong dari arah sungai. Mereka berempat terkejut.


Folio Pasir Salak - Sinopsis Bab 2

Bab 2-Senja Berapi. 
Mamat tiba di pangkalan dengan sebuah perahu jalur. Mamat terus sahaja ke warung Pak Itam.
Pak Itam memyambut kedatangan Mamat, anak saudaranya itu. Mamat datang membawa  perkhabaran tentang keadaan di Bandar Bharu. Menurut cerita Mamat, salah seorang rakannya iaitu Kamat yang bekerja dengan orang putih memberitahu bahawa ada orang dari Bandar Bharu akan datang ke Pasir Salak. Mereka ialah orang putih, askar sipahi dan kuli-kulinya yang ingin membuat pondok untuk mengutip cukai di Pasir Salak.
Pak Itam marah apabila mendengar berita yang dibawa oleh Mamat itu. Mamat meminta diri untuk  pulang ke Bandar Bharu. Pak Itam berterima kasih kepada Mamat yang memberi maklumat kepadanya mengenai niat orang putih itu.
Tidak lama selepas itu, Pak Itam ke rumah Datuk Maharaja Lela bersama-sama Pandak Endut. Deli disuruh menjaga warung.
*****
Esoknya, tiga buah perahu tiba di pangkalan Kampung Pasir Salak dengan membawa orang Inggeris , dua orang askar sipahi dan seorang bangsa Melayu. Perahu di belakang sekali berisi enam orang lelaki dan sebuah perahu lagi berisi papan, kayu, dan atap.
Setelah mendarat, para pekerja yang terdiri daripada orang Melayu itu sibuk memunggah kayu, papan, dan atap dan mereka diawasi oleh askar sipahi yang bersenjata. Pondok itu hendak dibina tidak jauh dari Warung Pak Itm. Seputum hendak menyerang sahaja askar-askar itu tetapi telah disabarkan oleh Pak Itam.
Ramai orang berkumpul untuk melihat pondok itu dibuat. Tidak lama kemudian, Datuk Maharaja Lela datang . Datuk Maharaja Lela   kesal  kerana ada orang Melayu yang sanggup menjadi kuil-kuil Inggeris. Kalau ada orang Pasir Salak yang sanggup berbuat demikian, Datuk Maharaja Lela   akan mengoyak-ngoyak perut mereka. Seorang pemuda ingin menghalau orang putih itu dari situ tetapi Datuk Maharaja Lela   menegahnya. Datuk Maharaja Lela   beredar dari situ dan penduduk kampung berasa hairan melihat gelagat Datuk Maharaja Lela   itu. Ada yang menganggap Datuk Maharaja Lela   takut tetapi Pak Itam membela Datuk Maharaja Lela. Pak Itam menegaskan, barangkali Datuk Maharaja Lela   ada rancanganya yang tersendiri. Penerangan Pak Itam itu membuatkan orang ramai faham.
Senja itu, pondok itu siap dibina. Sebelum pulang, orang Inggeris dan jurubahasanya, Mat Arshad menemui orang kampung dan memberitahu tujuan pondok itu didirikan. Bagaimanapun, orang kampung marah kepada Mat Arshad dan menggelarnya sebagai “anjing penjajah”.
Selepas orang Inggeris dan orang-orang mereka pulang, Datuk Maharaja Lela   menyuruh orang-orangnya mengumpul kayu dan daun-daun kering; dilonggokan di sekeliling pondok itu. Deli pula disuruh mengambil bara api. Apabila bara itu dibawa oleh Deli, Datuk Maharaja Lela   pun membakar daun-daun kering dan ranting-ranting kayu yang diletak di keeliling pondok.
Pondok itu dibakar hangus. Tindakan Datuk Maharaja Lela   itu menambahkan lagi semangat orang kampung. Mereka mahu berjuang bersama-sama Datuk Maharaja Lela.Mereka bersorak-sorak kegembiraan.


Folio Pasir Salak - Sinopsis Bab 1

Bab 1-Beringat Sebelum Kena
Kisah bermula pada bulan Mac 1875. Suatu hari, ketika hampir senja, Deli membantu ayahnya, Pak Itam di warung. Ayah Deli menyuruh Deli pulang setelah siap menutup warung.
Setelah selesai menutup warung, Deli tidak pulang terus ke rumah sebaliknya dia duduk sebentar di atas bangku kayu bulat dan dia memandang ke arah pangkalan.  Dari situ, dia melihat sebuah perahu meluncur ke pangkalan. Dua orang yang berada di dalam perahu itu menarik perhatian  Deli; apatah lagi apabila dia mendengar  jeritan meminta tolong daripada salah seorang  yang berada di dalam perahu itu.
Tidak lama kemudian, barulah Deli mengenali orang yang berada di dalam perahu itu. Mereka ialah Lamin dan ayah saudara Lamin iaitu Pak Wan. Mereka memberitahu Deli bahawa mereka telah diserang dalam perjalanan pulalng  dari Durian Sebatang.  Sesampai sahaja di Bandar Bharu, “anjing penjajah” menahan mereka dan meminta cukai buah-buahan yang dibawa oleh mereka. Oleh sebab mereka enggan memmbayar cukai tersebut, Pak Wan telah dipukul.
Deli dan Lamin memimpin Pak Wan pulang.
*****
Di rumah, Deli menceritakan apa yang berlaku kepada  ayahnya. Ayah Deli, dan ibunya , Mak Mah bersimpati dengan apa yang berlaku keatas Pak wan dan Lamin. Pak Itam menjelaskan bahawa sejak Inggeris berada di Perak, hidup mereka tidak aman lagi.  Bagaimanapun , dengan prenuh semangat Pak Itam berjanji enggan membiarkan Pasir Salak terlepas ke tangan Inggeris. Deli turut bersemangat apabila mendengar kata-kata ayahnya itu.
Pak Itam memakai pakaian Melayu serba hitam dan pergi ke rumah Datuk Maharaja Lela. Pak Itam berpesan agar Deli berlatih silat pada malam itu.
Malam itu , Akub datang ke rumah Deli. Mereka pun ke rumah Datuk Maharaja Lela dan mengajak Lamin bersama-sama . Sesampai sahaja dirumah Datuk Maharaja Lela , kelihatan sudah ramai anak-anak muda berada di situ untuk belarja bersilat.
Malam itu, Datuk Maharaja Lela menyampaikan ucapan kepada semua yang ada di rumahnya. Ucapannya menyentuh tentang kesan Perjanjian Pangkor. Salah satunya ialah kutipan cukai keatas penduduk tempatan sedangkan tanahitu milik mereka.Datuk Maharaja Lela tidak mahu sesiapa pun membayar cukai kepada orang putih. Orang kampung mesti adakan kawalan yang ketat. Orang ramai yang berada di halaman rumah Datuk Maharaja Lela bersemangat apabila mendengar ucapan yang penuh semangat itu.
Kemudian , mereka terus berlatih silat.

Folio Pasir Salak - Pengajaran


ü Pengajaran
*  pengajaran
*  bukti
Kita hendaklah bersedia untuk berkorban untuk mempertahankan tanah air daripada ancaman musuh atau penjajah.
Penduduk kamoung Pasir Salak sanggup berkorban untuk mempertahankan kampung mereka daripada ancaman pihak Inggeris yang melakukan penindasan.
Orang bawahan hendaklahpatuh akan arahan pemimpin.
Penduduk Pasir Salak patuh akan arahan Datuk Maharaja Lela dalam menyusun gerakan unutk menghadapi pihak musuh.
Kita janganlah mengadaikan maruah bangsa demi menjaga kepentingan peribadi.
Mat Arshad dan Lamsah yang mementingkan diri,akhirnya mati dibunuh oleh orang-orang tempatan kerana belot dan menyebelahi pihak musuh.
Orang-orang muda hendaklahmenyokong perjuanganorang-orang lama demi kesejahteraan bersama.
Deli dan rakan-rakannya bertungkus-lumus untuk membantu penduduk kampung dalam usaha untuk mempertahankan diri daripada ancaman penjajah/musuh.
Kita hendaklah bekerjasamadalam melaksanakan sesuatu yang membawa kepentingan kepada semua pihak.
Seluruh penduduk kampung bekerjasama berkawal siang dan malam untuk mengelkkan kampung mereka diserang oleh pihak musuh.
Manusia hendaklah patuh akan ajaran agama dalam apa-apa jua kesalahan sekalipun.
Deli sangat patuh akan ajaran agama dengan mengerjakan sembahyang apabila tiba waktunya.

Folio Pasir Salak - Nilai


ü Nilai
*    Nilai
*  Bukti
Keberanian
Deli berani menentang pihak Inggeris yang memeliki senjata yang lebih baik.
Kesabaran
Datuk Maharaja Lela meminta orang-orangnya supaya bersabar dan tidak bertindak terburu-buru.
Kerjasama
Seluruh penduduk Pasir Salak berkerjasama untuk membina pondok dan kubu untuk bertahan daripada serangga Inggeris.
Kebijaksanaan
Datuk Maharaja Lela bijak mengatur strategi peperangan dengan membina kubu di Bandar Tua.
Kerajinan
Deli sangat rajin membantu bapanya menjaga warung dan melakukan kerja-kerja membina pondok kawalan serta kubu.
Hormat-menghormati
Deli dan seluruh penduduk Pasir Salak menghormati Datuk Maharaja Lela yang menjadi pemimpin mereka.
Patuh
Deli sangat patuh akan arahan Datuk Maharaja Lela dan bapanya. Dia juga patuh mengerjakan ajaran agama dengan tidak meningalkan sembahyang.
Bertanggungjawab
Mamat bertanggungjawab untuk menyampaikan maklumat tentang kegiatan pihak Inggeris di Bandar Bharu untuk pengetahuan Datuk Maharaja Lela.

Folio Pasir Salak - Plot & Teknik


v Plot dan teknik
*    Binaan plot
*    Huraian
       Permulaan
Deli dan orang-orang kampung dikejutkan oleh peristiwa Pak Wan diugut oleh pihak Inggeris dan buah-buahannya dirampas.
       Perkembangan
Wujud konflik apabila pihak Inggeris menghantar wakil untuk memberitahukan hal bahawa mereka akan memugut cukai di Pasir Salak. Datuk Maharaja Lela berikrar  tidak akan membenarkan pihak Inggeris mengutip cukai di kampung itu. Akhirnya Birch dibunuh oleh Sepuntum ketika datang untuk menampal kenyataan pungutan cukai bersama-sama  Mat Arshad.
       Kemuncak
Pertempuran di Bandar Tua. Deli memainkan peranan penting dalam memastikan kemenangan penduduk kampung. Dia ingin membalas dendam terhadap Lamsah. Lamsah akhirnya mati terkena Lembing. 
       Peleraian
Datuk Maharaja Lela meminta seluruh penduduk Pasir Salak bersedia menghadapi serangan sterusnya daripada pihak Inggeris kerana ingin membalas dendam.

Folio Pasir Salak - Latar


*  latar
Ø Tempat
                   Huraian
                       peristiwa
·        Di pangkalan sungai di kampung Pasir Salak.
·        Pak Wan pulang dalam keadaan cedera kerana dipukul oleh orang-orang yang bekerja dengan Inggeris.
·        Warung Pak Itam di tebing Sungai Perak.
·        Deli berlawan denagn wakil pihak Inggeris yang datng untuk mengutip cukai.
·        Di tengah Sungai Perak.
·        Birch dan orang-orangnya diserang oleh Seputum dan orang-orang kanan Datuk Maharaja Lela.
·        Kubu di lereng bukit di Bandar Tua.
·        Pertempuran antara pihak Inggeris dengan penduduk Kampung Pasir Salak yang diketuai oleh Datuk Maharaja Lela.
Ø Masa
               Huraian
                   Peristiwa
·       Abad ke-19, iaitu tahun 1875.
·       Pertempuran di Bandar Tua berlaku pada 7 November 1875.
·       Malam
·       Rombongan Birch tiba di pangkalan Kampung Pasir Salak ketika tengah malam.




*  Latar
Ø Masyarakat
                    Huraian
                Peristiwa
·       Masyarakat kampung tradisi.
·       Penduduk kampungyang masih mengamalkan cara hidup bergotong-royong dan sederhana.
·       Masyarakat Melayu yang menyebelahi pihak Inggeris.
·       Mat Arshad dan Lamsah bekerja dengan pihak Inggeris.
·       Golongan muda yang berhati waja.
·       Deli, Akub, Lamin, dan lain-lain bersemangat waja  dalam menentang pencerobohan pihak Inggeris.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...